. : [ Nukilan Hati Buat Anak-anakku ] : .

on Saturday, November 5, 2011

Matahari ... Mommy sangat sepi tanpa kamu di sisi...

Dikala malam mengganti siang
Kesayuan bersarang mencengkam dada
Kesepian meruntun jiwa yang duka
Fikiran melayang...kosong terasa...

Di mana silapnya? Apakah puncanya?
Kita terpisah sebegini lama
Kerinduan menghuni saban waktu
Airmata menjadi peneman setiaku

Mutiara... Lirikan mata kamu membuat mommy bersemangat menghadapi segalanya..

Lara hampir memakan diri
Bila akal mengalah pada perasaan
Kesedihan yang berpanjangan ini
Akankah mati bersama diri?

Duhai anak-anakku
Kasih sayang ini tidak kan luak kerana jarak
Bibir ini tidak lekang doa yang panjang
Mohon agar kita disatukan semula


Moccha & Muffin... Keletah kalian penawar kedukaan mommy...

Kerinduan ini mungkin tiada yang memahami
Cukuplah sekadar kalian yang merasai
Anak-anakku...kamulah kekuatanku...
Ya Allah...Tabahkanlah hatiku ...
Teguhkanlah imanku... T__T

Petknode Massacre - Tak Di Dunia, Pasti Di Akhirat

on Tuesday, September 6, 2011


Salah seekor mangsa nafsu serakah dajal PK (Pic ehsan KTAJ)

Hurm....semenjak beberapa hari ni & mungkin berterusan untuk beberapa hari lagi (atau minggu, mungkin juga bulan), dunia pencinta haiwan terutamanya Cat Lovers di Malaysia terguris, terhiris & tersentuh dengan kejadian manusia yang tak bertamadun di PK. NGOs seperti KTAJ, MDDB berusaha keras menuntut keadilan bagi pihak mangsa-mangsa tak berdosa ini. Keadilan harus ditegakkan. Biar menjadi pengajaran. Bukan kezaliman ke atas sesama manusia sahaja harus diperjuangkan, tetapi makhluk bernyawa lain yang turut hidup di atas muka bumi ini. Sehingga ke hari ini, belum ada firm action yang diambil ke atas penzalim sadis ini. Kata 1 Malaysia, kenapa badan kerajaan & NGO ini tak saling bersatu untuk cari jalan penyelesaian? Tak guna asyik tuding sana, tuding sini. Cat owners yang menjadi mangsa mesti terseksa menanti keputusan. Apatah lagi owner yang mana kucing kesayangan mereka mati, tak sempat diselamatkan. Mereka ini pun rakyat Malaysia kan? Mana hak mereka sebagai rakyat Malaysia? Aku pun tak paham la. Sayangnya bukan kita yang berkuasa menggubal/melaksana undang-undang. Kalaulah kucing-kucing yang menjadi mangsa manusia laknat ini boleh berkata-kata. Dah lama penjenayah-penjenayah ini didakwa. Harap-harap la kata sepakat dapat dicapai dan yang salah akan mendapat hukuman yang setimpal. Kalau tak, di dunia kau mungkin boleh lepas. Di akhirat, Allah bayar cash punya.


Si ibu & anak yang tidak berdosa ini mati ketika ditemui (Pic ehsan KTAJ)

Di mana letaknya perikemanusiaan mereka agaknya?? :'( Yang di zalimi bukan sedikit. Kira-kira 300 ekor. Apa hukuman sewajarnya yang patut dijatuhkan? Akan adakah hukuman itu andai kes ini dipandang remeh pihak-pihak berkenaan?...Sedih...='(

Bangkai La PETKNODE!!!

on Sunday, September 4, 2011

Baru hari ni aku berpeluang online, dikejutkan dengan berita buruk lagi mengejutkan dari teman2 pencinta kucing yang berada di KL. Kejadian atau patut dipanggil musibah yang tak diharap telah berlaku. Kesialan penipu, penyangak durjana telah terbongkar. Yang menjadi mangsanya pemilik & kucing-kucing mereka. Kegembiraan pulang ke kampung berhari raya dengan harapan kucing-kucing yang dihantar berada dibawah jagaan yang sempurna bertukar menjadi mimpi ngeri buat sahabat-sahabatku ini. Dajal PETKNODE punya angkara!!..Hari ini pemilik-pemilik kucing yang kegusaran ini bersama pihak polis telah memecah masuk premis yang menempatkan kucing-kucing mereka. Apa yang dijumpai sangat menyedihkan. Ruang yang sempit menempat lebih dari 90 ekor kucing. Tambah menyedihkan, ada yang telah mati kebuluran. Tengok gambar-gambar yang diambil volunteer kami, memang x sanggup dah tengok. Sedih. Cuba bayangkan perasaan pemilik kucing-kucing yang mati tu?..Yang masih hidup, ada yang sudah nyawa-nyawa ikan...Kurus kering tak bermaya...Dengan keadaan yang tidak terurus...Berhimpit di dalam kandang, bergelumang dengan najis sendiri...Dipercayai kucing-kucing ini ditinggalkan begitu sahaja oleh penyangak-penyangak ini...Aku yang sentiasa mengikuti perkembangan kes ini, walaupun jauh, berderai airmata, hancur luluh hati ini... Tak cukup di premis, sebahagian kucing-kucing ini ditempatkan dirumah penyangak itu. Pun keadaan yang sama. Sampai polis nak masuk ke rumah tu pun macam tak sanggup sebab macam-macam bau ada. Tak ker shialll!!! Kesian pada pemilik-pemilik yang buat masa ini, ada yang masih berusaha untuk kembali ke KL...Yang setanah, ok lagi...Yang dari Sabah & Sarawak terpaksa tunggu flight...Ada jugak yang sekarang ni x berada di Malaysia...Nak buat macam mana???... Penyangak-penyangak tu dah ditangkap... Tapi aku nak tahu sangat lah, apa hukuman paling berat kehakiman di Malaysia ni boleh jatuhkan kat sialan-sialan ni...Kalau ikutkan hati, kalau diri sendiri ada kuasa menghukum, memang patut terima hukuman yang dijatuhkan pada penjenayah yang bunuh manusia...Korang kalau x suka kucing, aku x kisah...Tapi jangan aniaya binatang beb!!!



Anda nilai lah sendiri...

. : [ Blog Update? ] : .

on Saturday, July 16, 2011

Contoh M..A.L.A.S lah ni....


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Aduh... Lama jugak aku x update blog ni... Sorry lah kengkawan... Ada kala sindrom M.A.L.A.S. menyerang... Tak pun, ketandusan idea melanda... Tak ada benda menarik aku nak share, so tak ada lah new entry... Nak buat post suka-suki ni aku tak berapa nak reti... Feelings pun dalam kesamaran... Gituuu...Ahahaha... Yerlah kan... Kalau ada benda happy, mesti nak luah... Elok share kita punya kegumbiraan tu dengan semua... Betul tak?... Kalau sedih macamana pulak??... Kalau aku kan, sebab kadang-kadang benda sedih ni, susah sikit nak luah dengan orang... So, aku luah la kat anak-anak bulus sekalian ni.... Ehehehe... Maaflah kawan-kawan, nak update blog hari-hari memang tak berkemampuan... Oleh itu, jangan hairan lah yer... Peace !!!! ^_^

. : [ My New Baby Muffin ] : .

on Wednesday, June 29, 2011

Tadaaa... This is my new baby Muffin... Aku jumpa dia kat taman kat bawah tu... Dia dok mengiau kat bawah pokok bunga... Bila aku panggil dia x berganjak pun... Rupa2 nya dia x boleh berjalan... Kesian sangat... Aku bawak balik rumah... Sampai rumah, aku cek kaki dia... Ada darah beku kat bahagian bawah perut dia... X tau lah sebab apa.... Sejak hari tu, aku urut kaki & perut dia setiap hari... Sekarang Alhamdulillah.... Dah boleh berjalan... Berlari pun dah boleh dah... Dok berkejaran dengan si Mocha... So happy to see them playing together... My dear Muffin, welcome to my life... Love u... ^_^

. : [ Final Decision ] : .

on Tuesday, May 31, 2011




Hurmmmm... dalam hidup ada banyak pilihan... Terpulang pada kita sendiri untuk memilih yang mana 1... Tapi x semua yang kita pilih tu berhasil dengan jayanya kan?... Well, never try never know... Risiko ada di mana-mana pun... Kadang-kadang kita kena buat keputusan yang kita sendiri x tau apa penghujungnya... Tapi ini lah kehidupan... Kalau x pilih yang ini, kena pilih yang itu... We can't predict our future... But we can plan... Plan ?..Rancangan?...Hurm.. yes...kita memang boleh merancang... Still... Bukan kita yang menentukan... Hanya Dia yang tahu arah tuju kita... FINAL DECISION...dah kata final tu maknanya muktamad lah kan... x ada tukar2 dah... no turning back... by hook or crook, whatever consequences, have to accept it then... And I'm ready for that... InsyaAllah... Harap2 keputusan aku ini akan membawa aku ke kehidupan yang lebih baik... Amin...


. : [ Katil Baru Anak-Anak ] : .

on Sunday, May 15, 2011


Tadaaaaa!!! Haaa...Apa macam?...Cantik x cantik? Sesuai x sesuai?... 1 2 3 4... 4 tingkat lagi tauuuu... Al-kisahnya...semalam pegi Tesco, kononnya nak beli barang-barang dapor ajer... X tau macam mana boleh ternampak basket trolley ni... 1st thing that came in my mind at that time memang nak buat katil untuk anak-anak... Tak sangka pulak bila balik...Install...Jeng jeng jeng!!!... X payah suroh... X payah ajor... Automatically depa semua masuk kat dalam tu... Macam tau-tau jer kan korang ni?... Rupa-rupanya naluri aku = korang punyer kemahuan la ek? (Ada link tu...Telepati kot?..Hehehe)... Beli sikit, jadilah beli banyak... Harga boleh tahan la jugak RM79.90... Tapi bila aku tengok diorang kat dalam tu kegembiraan... Alhamdulillah... Aku pun happy... Mommy sayang kamoooo... ^_^

. : [ Selamat Hari Ibu ] : .

on Saturday, May 7, 2011



Kata-kata Ibu azimatku...
Belai tawanya penawarku...
Kasih sayang Ibu membentuk peribadiku...
Kepayahannya sumber inpirasiku...


Walau jauh beribu batu...
Biar pantas waktu berlalu...
Sesaat pun tiada terganggu...
Kerinduan mencengkam di dalam kalbu...


Andai pernah mengguris hati Ibu...
Mohon ampun segala laku...
Iringan doa serta restu Ibu...
Menjadikankan anakmu tabah selalu...


Teramat besar pengorbanan Ibu...
Dunia Ibu tempuh penuh berliku...
Tiada sekali pun Ibu mengadu...
Keperluan kami, itu yang perlu...

Duhai ibu...Kata-kata tak akan cukup untuk berterima kasih pada Ibu... Tiada terbalas segala jasa-jasa Ibu... Iringan doa anakanda titip setiap hari... Semoga Allah melindungi Ibu dari segala kejahatan dan kesakitan... Selamat Hari Ibu buat Bonda Rosmi Binti Sulong... Sayang Ibu selamanya....

. : [ Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ] : .

on Friday, April 8, 2011

Teater LKBSM telah melabuhkan tirainya Selasa lalu... Syukur aku sempat beli tiket untuk last show dia.. Memang berbaloi tengok... Apa lagi dengan kehadiran Tun Mahathir & isteri serta Datuk Lat sekeluarga...
Pementasan yang dimulakan dengan babak Lat masa kecil yang dilakonkan oleh adik Daniel nyata tidak mengecewakan. Barisan ensembel yang penuh tenaga tidak kurang menghiburkan. Kemunculan Jalil Hamid sebagai "Apak", ayah kepada Lat meriuhkan Panggung Sari dengan humornya.
Kemunculan Awie yang memegang watak sebagai Lat (dewasa) memang dinanti-nantikan. Riuh-rendah satu panggung bila dia muncul di pentas dengan rambut ala afro, berseluar boot-cut lagi. Tapi pujian harus diberikan pada lakonannya yang mantap, nyanyian yang power. Kira tabik la sebab rock2 pun dia mampu menjiwai watak macam ni. Tapi dalam serius, elemen lawak juga ada. Satu kemestian.

Atilia pun tak kurang hebatnya bila memegang watak Faezah (isteri Lat). Aku rasa memang cabaran untuk Awie & Atilia merealisasikan watak mereka disaksikan empunya diri iaitu Datuk Lat dan isteri. Nyanyian bersahaja dengan suara yang gemersik, itulah Atilia. Babak yang paling menyentuh perasaan aku rasa ketika Faezah meluah kekecewaannya pada Mrs. Hew melalui lagu Hati Ke Hati. (I pun rasa nak nangis beb)

Rekaan set (seperti dijangka) memang menarik dan "hidup". Adegan Kota London dipaparkan dengan jayanya bila salji meliputi pentas Panggung Sari. Suasana kampung juga menjadi. Keseluruhan set sangat menarik. Sepertimana Cuci The Musical 1 & 2, ernyata buah tangan Hans & Harith kali ini juga tidak mengecewakan. Syabas & tahniah!!!!

. : [ After 4 Days ] : .

on Saturday, April 2, 2011




After 4 days my Leo being admitted, x banyak perubahan yang aku tengok... Asyik drip, drip n drip... Sampai bloated dah dia aku rasa... Badan penuh air... Dia still x nak makan... Aku nampak dia x happy di situ, so aku ambik keputusan, ambik risiko, bawak dia balik ke rumah semalam... Pagi ni.. dia lemah lagi... Terpaksa force feed... Kalau x, mana nak ada tenaga?... Risau sangat... Sedih tengok dia macam tu... Sedih...Tengahari aku bagi lagi dia makan & bagi antibiotik sekali.. Air pun dia x minum, aku kena bagi pakai syringe... Tapi at least dia nampak ceria sikit sebab di rumah... Nak keluar pun aku x lalu... Kena pantau keadaan dia... Baru sekejap tadi, aku rasa Allah dengar doa ku... Leo pun seolah faham kerisauan aku... Tiba2 Leo makan dengan sendiri nya...Aku tengok dia makan dry food tu sikit.. Cepat2 aku hulur a/d kat dia... Dia makan dengan penuh selera... Ya Allah, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... Syukur... Harap-harap dia berterusan begitu dan akan pulih sepenuhnya... Insya Allah....

. : [ My Leo Was Admitted ] : .

on Tuesday, March 29, 2011




My beloved Leo has been hospitalized this afternoon... Kena marah dengan vet coz lambat bawak dia pegi klinik... Huhuhuhu... Kesian dia... On drip for few days lorrr.... Dia x mau makan hampir seminggu... Macam2 cara, macam2 jenis makanan aku bagi, dia x makan langsung... Just minum sikit2... Risau sangat kat ...Huhuhuhu... Tadi balik keja terus pegi jenguk dia... Berat hati nak tinggalkan dia kat situ tapi nak buat macam mana?...Vet cakap dia still x mau makan... Huhuhu.. Hopefully tomorrow he will get better ... ='(

. : [ Bila Kita Susah ] : .

on Sunday, March 20, 2011


Assalamualaikum kawan-kawan... Dengan rasa rendah diri dan sekadar peringatan serta pengajaran buat semua termasuk aku sendiri, aku nak kongsi perasaan ni... Aku rasa ramai yang pernah mengalami situasi macam ni... Bila kita susah, sapa yang tolong kita?... Bila kita susah, baru kita sedar sapa kawan, sapa lawan, sapa keluarga, sapa yang kita anggap keluarga dan macam2 lagi la... Bila korang susah, sapa tolong korang?... Aku?... Aku bersyukur sebab masih ada kawan yang sudi menghulur tangan masa aku dalam kesusahan... Aku bersyukur sangat2... Alhamdulillah... Aku masih ada kawan rupanya...

Tapi ada 1 perkara yang buat aku bengang... Sedih pun ada... Bila ada yang mempermainkan perasaan ketika kita dalam kesusahan... Patut ker macam tu?... Bila kita mintak tolong, ko cakap OK... So kira lega la hati sebab kira dah setel 1 hal... Tapi bila tiba masa yang ko patut tolong tu... Tiba-tiba jadi x OK... And ko bagi alasan yang x munasabah... Agak2 la beb!!... Kalau ko rasa x nak, awal2 la ko cakap NO! Aku boleh terima beb!!... Ni tak, last minutes ko cakap macam tu... Kalau rasa nak x nak better x payah la weii!!... Jangan depan cakap manis, mula2 cakap baik... Last2 taik yang ko bagi... Ko ingat dah tengah2 malam macam tu senang ker aku nak cari orang nak mintak tolong lagi??... Kalau ini soal hidup mati seseorang, memang sah2 mati orang tu... X nak tolong x aper... Cakap awal2... Aku x kisah la!!!...

Buat kawan2 semua, kalau ada member2/ahli keluarga/yg ala2 keluarga (konon nya)... Korang berhati2 lah... Aku pun dah serik... Aku x kan... NEVER... X akan mintak tolong kat orang macam ni lagi... Serikkkk!!!!... Orang macam ni, penting kan diri diorang sendiri jer... X da masa aku nak g serang orang macam ni... Biar Allah jer balas... Yang boleh aku cakap... TERIMA KASIH... Terima kasih sebab buat aku sedar ...

Ya Allah, Kau berikan lagi kekuatan pada hambaMu ini... Aku terima segala dugaanMu kerna ku tahu, ini hanya ujian kecil dari Mu...

. : [ Bila Nak Kaya Ni Kan? ] : .

on Monday, March 14, 2011


Gerun tak dengan tajuk entri aku ni??...Hehe... Yerlah... Bila nak kaya ni kan?... Hari-hari kena keja... Keja pulak makan gaji... X datang keja, kena potong gaji... Kalau x keja... Lagi x ada gaji... Sapa bermurah hati zaman sekarang ni?... Xkan ada orang nak bagi duit merata sesuka hati... Betul x??...

Nak aja bisnes sendiri... Tapi x mampu lagi nak buat macam mana?... Bagi aku kalau nak bisnes, kena betul-betul serius nak buat sepenuh hati... X nak la nanti separuh jalan... Ibarat hangat-hangat taik ayam kan... Lagilah gerun... Selagi ilmu x cukup di dada ni... Baik lah timba sebanyak mungkin dulu kan...

Bukan nak mengeluh....saja nak mengadu...hehehe... Letih kan keja hari-hari... Tapi kalau xda keja boring plak... Kalau keja sendiri, mungkin time dia fleksibel sikit kot... Tapi bila lah agaknyer kan?... Bila nak kaya ni kan?...Hihihihihi

. : [ TKC : Commenting Time! ] : .

on Monday, March 7, 2011


Tadaaaa!!...Maaf lah kawan-kawan... Itu jer pic yang aku boleh amik tuk korang tengok... Ni pun time show x start lagi.... Masa show x boleh nak amik pic or vid... Tapi ada jugak yang curi2 amik... Siap kene laser... Aku x berani la buat macam tu... Budak baik kan? (Skema sih!) ... So kali ni sesi komen-mengomen lah... Bukan komen sebagai seorang profesional... Sekadar komen seorang penonton lah yer...



1.) Opening show memang happening jugak coz semua excited nak tengok and para pelakon pun bersemangat nak perform.



2.) Bergema Panggung Sari dengan vokal power Latiff Ibrahim, Safura, Vince dan tabik spring kat Tony Eusoff. Suara dia memang power. X lupa jugak Deja Moss yang kita sedia tahu vokal dia macam mana.



3.) Bagi aku, babak2 komedi lebih menyerlah berbanding babak serius. Aksi Vince & Latiff Ibrahim sangat mencuit hati. Kehadiran Sh. Aleya sebagai Ms. Betty, walaupun sekejap, cukup untuk menggamatkan suasana.



4.) Kekuatan sesebuah teater muzikal, mesti lah pada muzik nya kan. Pujian harus diberikan pada barisan pelakon2 pembantu yang mempersembahkan tarian & nyanyian yang penuh bertenaga sepanjang show. Syabas!! Korang memang best!!!



5.) Asyik cerita kelebihan, pasti ada kekurangan jugak kan kan kan?... Aku rasa overall teater Terima Kasih Cinta ni memang best. Cuma kurang part props jer kot. Suasana & situasi yang nak ditunjukkan x sampai. Especially part Norish Karman bergaduh dengan Tony, dia packing bagasi kat atas tangga (yang sepatutnya mesti la tempat tu bilik tidur kan?)... Hurmmm




Apa-apa pun.. TAHNIAH!!!... Puas hati pergi tengok... Best3.... Coming soon!!! LAT THE MUSICAL pulak... Jom!!!

. : [ Terima Kasih Cinta ] : .

on Sunday, March 6, 2011

Assalamualaikum kawan2....Apa macam? Ada baik ka??...Maaf lah sebab lama x update blog ni... Kesibukan tahap gaban melayu lah...Ahahahaha... Ni nak tanya...Dah tengok teater Terima Kasih Cinta belum??...Malam ni last show dia tau...Aku nak komen apa-apa pun x boleh lagi sebab malam ni baru nak tengok... Tapi berdasarkan komen-komen yang didengar sebelum ni, semua cakap besttt...So aku pun x nak la lepaskan peluang tengok... 1st show dia pada 19 February lepas aku x dapat nak tengok... So last show ni wajib tengok hehehehe... Lepas tengok nanti baru aku bagi komen ek?...Hihihihi

. : [ Nak Beli Kereta Lah! ] : .

on Friday, February 18, 2011


Waaaaa....Lama jugak aku tak update blog ni... Maaflah kawan-kawan... Sejak dua menjak ni, lepas balik dari bercuti CNY lepas, busy tahap gaban... Kat ofis banyak projek baru masuk, memang giler la busy... Dalam busy2 ni pulak, aku pasang impian (atau angan2)...Hehehe... Hajat hati nak memiliki kereta... And kereta yang aku tengah usha sekarang ni... Yang kat pic di atas tu leh... Jangan tanya aku kenapa aku nak Myvi tu sebab reason dia obvious sangat... Hehehe... Tapi kan... Kan... Kan.... Lesen pun tadak... Apa macam????.... :D

. : [ I'm Back!! ] : .

on Monday, February 7, 2011






Alooohaaa... I'm back...After a week off ... Balik kampung la...Apa lagi kan... Bukan selalu ada peluang nak balik kampung ni... Sampai KL last night @ 8.30pm... Alhamdulillah... Kalau ikutkan tak nak balik KL... Nak duduk kat kampung jer... X puas main2 ngan anak2 kat sana... X puas melepas rindu kat mak, bapak, kakak2 & semua.... Hurm...what to do lah kan... Tuntutan kerja memaksaku kembali ke sini... X aper lah... Ada rezeki, bolehlah balik lagi... Apa lagi ek??..X ada benda pun nak cerita... So, just share some pics of my kids yang kat kampung tu....:)



. : [ Tiara_Oh_Tiara ] : .

on Monday, January 24, 2011

Risau nyer ngan anak aku yang sekor ni...='(... Baby 2 ekor tu dah sembuh dari flu.. Tiara sakit lagi...Macam ada something tersekat kat kerongkong dia...Dah berapa hari dah ni..Ingatkan dia sakit tekak biasa ajer sebelum ni... :(...Hurmmm...sangat risau...X tido malam aku dibuatnya...Dia cuba nak muntah tapi x boleh nak keluar...Aku pun x tau nak buat apa...Esok nak bawak dia pegi vet lah...Hopefully dia akan ok lepas ni...Huhuhuhuhu... T_T

. : [ My Kids = Sick ] : .

on Friday, January 21, 2011




Uuurrrrghhhh... What a day... Semalam x dapat nak tidor nyenyak...Hopefully malam ni boleh la... Risau anak-anak x sihat...My new babies dua-dua flu... Si Mutiara pulak sakit tekak... Poor my kids... Itu la tadi pegi jumpa vet diorang beli ubat... Si kecik dua ekor ni memang tak sihat masa aku ambik hari tu... But, Alhamdulillah badan dah mula naik...Harap-harap cepat la diorang ni sembuh lepas bagi ubat ni...Hurmmmm... :(

. : [ MUNCHKIN ] : .

on Saturday, January 15, 2011





Salam...Hai kawan-kawan...Sorry, lama x update pasal meow2 buat catlovers sekalian...Ok...Entri kali ni, mari kita berkenalan dengan 1 lagi jenis/baka kucing iaitu Munchkin (sorry dalam BM xtau nak panggil apa..hihihi)... Baka Munchkin ni berasal dari US... Kalau dilihat dari fizikalnya, ada yang pelik x?...



Haaa..mesti semua tengok tang kaki kannn?...Munchkin ni memang short-legged cat... Ada orang menganggap kaki pendek tu sebagai cacat...Tapi, ini lah Munchkin... Memang kaki dia pendek... Sediakala macam tu dan bukan sebab mutasi ker aper... Comel kannn...



Personaliti Munchkin

>> Sosial (mesra alam gitu)

>> Playful (extremely playful ok)

>> Curious (diorang akan berdiri macam arnab kalau nak tengok aper2 yang menarik perhatian diorang)

>> Bijak (kaki pendek tidak membolehkan mereka melompat se"terror" kucing jenis lain, tapi diorang akan menggunakan kebijaksanaan dengan melompat dari 1 tingkat ker 1 tingkat untuk sampai ke destinasi)



International cat federation seperti FiFe dan CFA tak mengiktiraf Munchkin kerana menganggap kaki pendek yang mereka miliki adalah satu kecacatan. Sebab tu mana-mana show, diorang ni x boleh nak sertai...Bagi aku, Munchkin ni elok jer... Special in their own way kan?...

. : [ New Babies ] : .

on Sunday, January 9, 2011

Comot & comel kan diorang ni??


Semalam 08 Januari 2011... Aku amik anak angkat baru... Aku ambik 2 beradik ni... Reason aku amik diorang >> Sangat2 comel + Sangat2 kurus = Sangat2 kasihan... Aku tak boleh kesian2 ni...Hehehe...Especially bila aku tengok 2 beradik ni x bermaya jer, aku jadi sedih... Melihat diorang berkeadaan sebegitu membuatkan aku nekad nak bela diorang... Hopefully dalam masa 1-2 minggu ni, diorang akan jadi anak2 yang sihat dan ceria... Hihihi....InsyaAllah...

So ada tips lagi nak share ni... Untuk kitten yang macam ni... Kurus (kira tak cukup khasiat la tu)... Kalau kita nak bagi dia fit balik, senang jer... Pertama, sediakan cage yang selesa...So nanti mood diorang elok....(Macam pic tu cage masa baru ambik diorang)... Pastu bagi makan, minum air bersih n minum susu secukupnyer... Nak bagi badan diorang naik, kena kurung dulu... Tapi boleh jer kalau nak keluarkan dari cage sekali-sekala... Nanti bila diorang dah ok... Baru lah nak lepas lama2 pun x aper....Dan yang paling utama...Kena cukup kasih-sayang ok??...Bila diorang happy, mood pun ok, selera pun ok... ^_^

. : [ MC MC MC ] : .

on Wednesday, January 5, 2011




Arini aku x beraper sehat... Sebenarnyer few days dah rasa lain..Dada ketat semacam..Aku biar jer...Lagipun risau banyak keje kat ofis...Tak boleh nak tinggal...So, aku tabah & gagahkan diri (cewah!!!) pegi keje since Monday...But today kemuncaknya...Time kat ofis pagi tadi, kerja keras sangat kot...Yerlah tahu kurang sihat kan, tapi dok sibuk selongkar fail yang berdebu...So afternoon dah x boleh tahan dah, dada sakit sangat...Konon xnak lah amik MC...Tapi kena jugak...Aku cakap kat doc bagi MC hari ni jer lah, esok kene keje...Huhuhu x bestnyer...Baru start tahun baru dah ada MC...isk3...Sedih....(T_T)

Exchange Link Korang Di Sini !

on Tuesday, January 4, 2011

ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site





. : [ Say No To Chicken!! ] : .

on Monday, January 3, 2011

Ilham Pokcik Google ;)


Ngeeeeeeee...Heran tak kalau tengok title entri aku ni??...Jeng3!!!...Yerlah kan...Sana-sini sibuk cerita pasal azam baru...Akhirnya aku buat lah keputusan nak ber"azam" baru ni...Hehe...Jadi...Azam aku ialah...Seperti yang tertera di atas yer tuan2 & puan2...Ada paham ka??...Hehe..."Say No To Chicken!!"...Korang rasa apa sebenarnyer maksud aku "Say No To Chicken" tu??...




Sebenarnyer x gempak pun kan...Aku cuma nak cuba untuk tidak makan ayam (atau kurangkan makan ayam hehehe..) terutamanya ayam goreng...Sebab aku sangat crazy dengan ayam goreng yang garing2...And my favourite part semestinya lah kulit ayam...Haaaa...situ lah masalahnya...Bukan x tau kan kulit ayam tu menyihatkan ker tidak....Huhuhu...Jadi kira tahun ini, buat permulaan ni aku cuba kurangkan makan ayam supaya aku x termakan kulit ayam...Hihihi...Hopefully, lama-lama boleh buang tabiat buruk ini...InsyaAllah...
So, ada sapa2 berani nak sahut cabaran ini bersamaku?? :D

. : [ Tahun Baru 2011 ] : .

on Saturday, January 1, 2011



Berlalu sudah 2010...Bermula 2011...Detik 31 Disember 2010....Genap usiaku 28...28???...Dah tua ker?...Hurmmm...Apa-apapun...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah kerana Allah masih mengizinkan aku bernafas di bumi Nya selama ini...Mohon dilanjutkan lagi...Amin...



Bila sebut jer tahun baru...mesti semua sibuk dengan azam baru...Hai..Azam lama dah terlaksana ker belum??...(Peringatan untuk diri aku sendiri)...Aku pun x pasti...Sebab aku pun x tahu apa azam aku yang lepas...Adeh....



Jadi tahun ini, apa azam baru, aku x tetapkan lagi...Tapi aku ada matlamat...Aku ada keinginan...Aku nak jadi kuat dari segala segi...Aku nak kuat bila berdepan masalah...Aku nak kuatkan semangat bila ada yang cuba mematahkan...Aku nak kuat bekerja (harap-harap kesihatan pun kuat lah yer)...Korang tolong doakan aku yer....Bukan apa, penghujung 2010 bagi aku, penutupnya kurang menggembirakan...Dugaan yang menguji perasaan...Memang menyakitkan dan memedihkan....Sebab itu, aku nak jadi KUAT...



Aku nak cerita apa terjadi 31 Disember 2010 a.k.a. burfday aku pulak...Aku pegi Genting bersama kawan-kawan...Sebenarnya plan nak pergi hari ni (01012011)..Tapi memandangkan 31 pun cuti, jadi tukar plan...Alih-alih sampai sana, kat Outdoor Theme Park, aku boleh masuk free...(Baru tau birthday kita boleh dapat free)...Apa lagi...Meronda la kat dalam tu, main few games...Kawan-kawan happy, aku pun tumpang happy...Terima kasih kat diorang sebab sudi celebrate dengan aku...Diorang cuba buat aku gembira dan aku berterima kasih sangat2...Ya, aku gembira...^_^

Model2 karipap