Petknode Massacre - Tak Di Dunia, Pasti Di Akhirat

on Tuesday, September 6, 2011


Salah seekor mangsa nafsu serakah dajal PK (Pic ehsan KTAJ)

Hurm....semenjak beberapa hari ni & mungkin berterusan untuk beberapa hari lagi (atau minggu, mungkin juga bulan), dunia pencinta haiwan terutamanya Cat Lovers di Malaysia terguris, terhiris & tersentuh dengan kejadian manusia yang tak bertamadun di PK. NGOs seperti KTAJ, MDDB berusaha keras menuntut keadilan bagi pihak mangsa-mangsa tak berdosa ini. Keadilan harus ditegakkan. Biar menjadi pengajaran. Bukan kezaliman ke atas sesama manusia sahaja harus diperjuangkan, tetapi makhluk bernyawa lain yang turut hidup di atas muka bumi ini. Sehingga ke hari ini, belum ada firm action yang diambil ke atas penzalim sadis ini. Kata 1 Malaysia, kenapa badan kerajaan & NGO ini tak saling bersatu untuk cari jalan penyelesaian? Tak guna asyik tuding sana, tuding sini. Cat owners yang menjadi mangsa mesti terseksa menanti keputusan. Apatah lagi owner yang mana kucing kesayangan mereka mati, tak sempat diselamatkan. Mereka ini pun rakyat Malaysia kan? Mana hak mereka sebagai rakyat Malaysia? Aku pun tak paham la. Sayangnya bukan kita yang berkuasa menggubal/melaksana undang-undang. Kalaulah kucing-kucing yang menjadi mangsa manusia laknat ini boleh berkata-kata. Dah lama penjenayah-penjenayah ini didakwa. Harap-harap la kata sepakat dapat dicapai dan yang salah akan mendapat hukuman yang setimpal. Kalau tak, di dunia kau mungkin boleh lepas. Di akhirat, Allah bayar cash punya.


Si ibu & anak yang tidak berdosa ini mati ketika ditemui (Pic ehsan KTAJ)

Di mana letaknya perikemanusiaan mereka agaknya?? :'( Yang di zalimi bukan sedikit. Kira-kira 300 ekor. Apa hukuman sewajarnya yang patut dijatuhkan? Akan adakah hukuman itu andai kes ini dipandang remeh pihak-pihak berkenaan?...Sedih...='(

Bangkai La PETKNODE!!!

on Sunday, September 4, 2011

Baru hari ni aku berpeluang online, dikejutkan dengan berita buruk lagi mengejutkan dari teman2 pencinta kucing yang berada di KL. Kejadian atau patut dipanggil musibah yang tak diharap telah berlaku. Kesialan penipu, penyangak durjana telah terbongkar. Yang menjadi mangsanya pemilik & kucing-kucing mereka. Kegembiraan pulang ke kampung berhari raya dengan harapan kucing-kucing yang dihantar berada dibawah jagaan yang sempurna bertukar menjadi mimpi ngeri buat sahabat-sahabatku ini. Dajal PETKNODE punya angkara!!..Hari ini pemilik-pemilik kucing yang kegusaran ini bersama pihak polis telah memecah masuk premis yang menempatkan kucing-kucing mereka. Apa yang dijumpai sangat menyedihkan. Ruang yang sempit menempat lebih dari 90 ekor kucing. Tambah menyedihkan, ada yang telah mati kebuluran. Tengok gambar-gambar yang diambil volunteer kami, memang x sanggup dah tengok. Sedih. Cuba bayangkan perasaan pemilik kucing-kucing yang mati tu?..Yang masih hidup, ada yang sudah nyawa-nyawa ikan...Kurus kering tak bermaya...Dengan keadaan yang tidak terurus...Berhimpit di dalam kandang, bergelumang dengan najis sendiri...Dipercayai kucing-kucing ini ditinggalkan begitu sahaja oleh penyangak-penyangak ini...Aku yang sentiasa mengikuti perkembangan kes ini, walaupun jauh, berderai airmata, hancur luluh hati ini... Tak cukup di premis, sebahagian kucing-kucing ini ditempatkan dirumah penyangak itu. Pun keadaan yang sama. Sampai polis nak masuk ke rumah tu pun macam tak sanggup sebab macam-macam bau ada. Tak ker shialll!!! Kesian pada pemilik-pemilik yang buat masa ini, ada yang masih berusaha untuk kembali ke KL...Yang setanah, ok lagi...Yang dari Sabah & Sarawak terpaksa tunggu flight...Ada jugak yang sekarang ni x berada di Malaysia...Nak buat macam mana???... Penyangak-penyangak tu dah ditangkap... Tapi aku nak tahu sangat lah, apa hukuman paling berat kehakiman di Malaysia ni boleh jatuhkan kat sialan-sialan ni...Kalau ikutkan hati, kalau diri sendiri ada kuasa menghukum, memang patut terima hukuman yang dijatuhkan pada penjenayah yang bunuh manusia...Korang kalau x suka kucing, aku x kisah...Tapi jangan aniaya binatang beb!!!



Anda nilai lah sendiri...