Kebelakangan ini, semakin rancak kaki-kaki provokasi yang
suka cucuk sana-sini. Adakalanya, perkara remeh pun nak
dibesar-besarkan. Paling aku kurang senang adalah mereka yang suka buat
cerita pasal keburukan sesuatu negeri. Padahal masih tinggal di Malaysia. Negeri-negeri ni
semua pun atas nama Malaysia. Bagi aku, mereka yang suka membangkit isu-isu sensitif
yang boleh memecah-belahkan keharmonian
rakyat Malaysia ni sebenarnya ketandusan perhatian. Mereka ni juga bagai katak
dalam tempurung dan masih lagi di takuk lama. Seperti yang tersebar di media sosial,
bukan tak nak percaya tetapi ada sebab untuk diragukan. Tak perlu jugak nak
ikut menghentam mereka-mereka ni. Kenapa? Sebab, kalau namanya A, gambar profil
nya si B, yang diburukkan samada tuan punya nama atau tuan punya muka. Padahal
kita tak tahu pun mungkin si C yang guna nama samaran, lepas tu cilok pulak
gambar sesiapa yang berlambak & sangat mudah nak didapatkan. Sudahnya kita
sendiri yang tambah dosa maki hamun orang.
Macam aku sendiri ada ramai kawan-kawan dari
Sabah/Semenanjung. Bila timbul isu-isu panas yang sepertinya boleh menimbulkan
perbalahan dan rasa tidak puas hati, aku memilih untuk tidak menyebelahi
sesiapa. Bukan kerana aku tidak cintakan negeriku. Tetapi kerana aku juga
kasihi negaraku Malaysia. Aku sayang teman-temanku. Memang ada rasa kecewa bila
yang dari sana memaki-hamun negeri sendiri. Tapi rasanya bukan hak aku untuk
menghukum. Lebih-lebih lagi kalau puncanya adalah kaki-kaki provokasi yang
sengaja bikin panas. Ada cerita yang ditokok-tambah secukup rasa agar sedap
bunyinya untuk dicerca. Akhirnya, si A & B jadi mangsa si C. Betul kan?
Jangan sampai nanti timbul rasa takut, risau & tak
selamat hendak merantau ke negeri lain. Rugi sangat kan? Kalau bumi Allah yang
terbentang luas tidak dinikmati untuk disyukuri. Bertelagah macam mana sekali
pun, kita tetap satu Malaysia. Perbezaan budaya setiap kaum/negeri harus dimanfaatkan
sebaik-baiknya. Perbezaan ini umpama minyak dan air, walaupun tidak boleh
sebati bersama, tetap masih boleh disatukan. :)
Ini salah satu lagu patriotik kegemaranku
UNTUKMU MALAYSIA
Padamu Malaysia ku berjanji
Padamu ku akan berbakti
Seluruh jiwa dan raga kuserahkan
Demi kejayaan bangsa
Aman, makmur, damai sejahtera
Akan kujunjung dan kujaga
Bersatu rela jujur setia
Membela bangsa tercinta
Syukur ku selalu kepada Ilahi
Atas segala rahmatNya
Malaysiaku negara maju jaya
Baktiku hanya untukmu
Padamu Malaysia ku berjanji
Padamu ku akan berbakti
Seluruh jiwa dan raga kuserahkan
Demi kejayaan bangsa
Aman, makmur, damai sejahtera
Akan kujunjung dan kujaga
Bersatu rela jujur setia
Membela bangsa tercinta
Syukur ku selalu kepada Ilahi
Atas segala rahmatNya
Malaysiaku negara maju jaya
Baktiku hanya untukmu