. : [ Sahabat SeMalaysia ] : .

on Sunday, September 7, 2014



Kebelakangan ini, semakin rancak kaki-kaki provokasi yang suka cucuk sana-sini. Adakalanya, perkara remeh pun nak dibesar-besarkan. Paling aku kurang senang adalah mereka yang suka buat cerita pasal keburukan sesuatu negeri. Padahal masih tinggal di Malaysia. Negeri-negeri ni semua pun atas nama Malaysia. Bagi aku, mereka yang suka membangkit isu-isu sensitif  yang boleh memecah-belahkan keharmonian rakyat Malaysia ni sebenarnya ketandusan perhatian. Mereka ni juga bagai katak dalam tempurung dan masih lagi di takuk lama. Seperti yang tersebar di media sosial, bukan tak nak percaya tetapi ada sebab untuk diragukan. Tak perlu jugak nak ikut menghentam mereka-mereka ni. Kenapa? Sebab, kalau namanya A, gambar profil nya si B, yang diburukkan samada tuan punya nama atau tuan punya muka. Padahal kita tak tahu pun mungkin si C yang guna nama samaran, lepas tu cilok pulak gambar sesiapa yang berlambak & sangat mudah nak didapatkan. Sudahnya kita sendiri yang tambah dosa maki hamun orang.

Macam aku sendiri ada ramai kawan-kawan dari Sabah/Semenanjung. Bila timbul isu-isu panas yang sepertinya boleh menimbulkan perbalahan dan rasa tidak puas hati, aku memilih untuk tidak menyebelahi sesiapa. Bukan kerana aku tidak cintakan negeriku. Tetapi kerana aku juga kasihi negaraku Malaysia. Aku sayang teman-temanku. Memang ada rasa kecewa bila yang dari sana memaki-hamun negeri sendiri. Tapi rasanya bukan hak aku untuk menghukum. Lebih-lebih lagi kalau puncanya adalah kaki-kaki provokasi yang sengaja bikin panas. Ada cerita yang ditokok-tambah secukup rasa agar sedap bunyinya untuk dicerca. Akhirnya, si A & B jadi mangsa si C. Betul kan?

Jangan sampai nanti timbul rasa takut, risau & tak selamat hendak merantau ke negeri lain. Rugi sangat kan? Kalau bumi Allah yang terbentang luas tidak dinikmati untuk disyukuri. Bertelagah macam mana sekali pun, kita tetap satu Malaysia. Perbezaan budaya setiap kaum/negeri harus dimanfaatkan sebaik-baiknya. Perbezaan ini umpama minyak dan air, walaupun tidak boleh sebati bersama, tetap masih boleh disatukan. :)

Ini salah satu lagu patriotik kegemaranku

UNTUKMU MALAYSIA

Padamu Malaysia ku berjanji
Padamu ku akan berbakti
Seluruh jiwa dan raga kuserahkan
Demi kejayaan bangsa

Aman, makmur, damai sejahtera
Akan kujunjung dan kujaga
Bersatu rela jujur setia
Membela bangsa tercinta

Syukur ku selalu kepada Ilahi
Atas segala rahmatNya
Malaysiaku negara maju jaya
Baktiku hanya untukmu

. : [ The Climb - Simple Piano Chord ] . :

on Tuesday, September 2, 2014


Hoolaaaa.... I'm back after MIA for such a loooooong time huh... Well... We can only plan... But He, the Almighty knows best... Just hoping that life will get better in future... Amin.. Nothing much to say... Just enjoy the song...


THE CLIMB

E
I can almost see it

That dream I'm dreaming but
A9
There's a voice inside my head saying
F#m
You'll never reach it

E
Every step I'm taking

Every move I make feels
A9
Lost with no direction
F#m                     C#m
My faith is shaking but I
             G#m
I gotta keep trying
        A9               F#m
Gotta keep my head held high

E
There's always gonna be another mountain

I'm always gonna want to make it move
A9
Always gonna be an uphill battle
F#m                     B
Sometimes I'm gonna to have to lose
E
Ain't about how fast I get there
                                         C#m B A9
Ain't about what's waiting on the other side
           E
It's the climb...

E
The struggles I'm facing

The chances I'm taking
A9
Sometimes might knock me down but
F#m
No I'm not breaking

E
I may not know it

But these are the moments that
A9
I'm gonna remember most yeah
F#m
Just gotta keep going

C#m
And I
              G#m
I gotta be strong
A9                F#m
Just keep pushing on, cause
E
There's always gonna be another mountain

I'm always gonna wanna make it move
A9
Always gonna be an uphill battle
F#m                     B
Sometimes I'm gonna have to lose
E
Ain't about how fast I get there
                                        C#m B A9
Ain't about what's waiting on the other side...
           E
It's the climb (yeah)   

E
There's always gonna be another mountain

I'm always gonna wanna make it move
A9
Always gonna be an uphill battle
E    F#m      G#m      A        B
Sometimes you gonna have to lose
E
Ain't about how fast I get there,
                                        C#m B A9
Ain't about what's waiting on the other side..
          E           A9
It's the climb (yeah yeah ea ea)

          E
Keep on moving

Keep climbing
                    A9
Keep the faith baby

It's all about

It's all about
      E
The climb

Keep the faith

Keep your faith
     A9

Whoa a oh oh ...



~ LIFE GOES ON ~

. : [ Pray For MH370 ] : .

on Monday, March 10, 2014


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Ya Allah Ya Tuhan kami...

Sesungguhnya Kau yang mencipta segala yang di langit dan di bumi...
Kau yang Maha Melihat... Kau yang Maha Mendengar... Kau yang Maha Mengetahui...
Tiada satu pun terlindung dariMu...Segala yang berlaku atas kehendakMu...
HambaMu yang kerdil ini hanya mampu berdoa... Setiap ujianMu pasti ada hikmahNya...
Kau lindungilah mereka yang lemah & teraniaya...
Kau berikan kekuatan & ketenangan buat kaum keluarga mereka menghadapi dugaan ini...

Amin Ya Rabbal Alamin...





. : [ Cuti-cuti? ] : .

on Wednesday, February 26, 2014


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Holaaaaaaa... I'm back!! Hihihi... Baru balik dari cuti-cuti Malaysia (cuti ker?).. Hehehe.. Sebenarnya Kak Long ada kursus di Institut Aminuddin Baki kat Genting.. Kebetulan ada tiket belon murah... Apa lagi... Kita pun curi-curi cuti.. Ahahaha... Pegi tak lama pun.. Fly from Kuching on the 20th.. Fly back on the 23rd.. Ok lah tu... 4 hari 3 malam.. Tapi semalam jer stay kat Genting pastu terus turun KL... So, masa sehari tu sempatlah singgah ke Strawberry Park & Mini Cameron Highlands kat situ... Adalah ambik gambar sikit-sikit buat kenangan.. Bukan selalu pergi pun kannn?... Hihihi...







Kak Long nak keja kat situ ker?? Ahahahaha...

Lavender Field






Rasa nak bawak balik jer mereka-mereka ni.. Best sangat!!!

Best dapat tengok fresh strawberries.. ^_^


Kalau hari-hari dapat makan sayur fresh macam ni kan seronok??


. : [ Tu Dia.. ] : .

on Monday, February 17, 2014



Tu dia muka pengadil yang menimbulkan kemarahan & rasa tak puas hati penyokong-penyokong Sarawak ketika menentang Perak, Sabtu lepas. Maaflah yer, tak kisah lah pengadil tu asal mana, dah nama pengADIL kena lah ADIL. Tak tahu macamana lah FAM pilih pengadil ni. Kalau macam ni lah, sampai bila pun tak maju bola Malaysia. Bukan nak tuduh, tapi nampak dengan mata kepala sendiri. Sekali, boleh sabar lagi. Bila banyak kali kena & nampak sangat berat sebelahnya, mana tak panas satu stadium? Yang chanting pun akhirnya bertukar lagu ke bersorak "referee rasuah" berulang-ulang kali. Aku pun join sekali terjerit-jerit. Gerammm.. Hish.. Alih-alih bila habis game, dia pulak yang marah? Stress ker? Kena tuduh macam tuduhan tu betul ker? Siap maki players Sarawak lagi. Kesian JKT tu. Tak pasal-pasal ko nak marah-marah pehal? Alahai.. Nasib lah buaya-buaya kami ni tak ganas.. Kalau tak memang dah kena lah lu bro..

Ni artikel dalam myMetro : Pengadil sebut L****U LU! Aku nak tengok apa tindakan FAM kat dia. Ada ker tidak???? Adil ker tu??? 

. : [ My New Babies ] : .

on Thursday, February 6, 2014

D.O.B - 23 & 24 Januari 2014

 Semua sama baju... Hihihi

 Tidor jer lah...

 Selepas 1 minggu

Dah boleh bukak mata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Holaaaaaaaaa.....
Waaaaa.... Lama jugak tak buat entri baru ni...Hihihih... Sibuk sikit la dik non oi... Hehehe... Sibuk jadi bidan kucing... Sibuk jadi bibik uruskan rumah... hahahahahaha....

Yerlah... kena jadi drebar kakak no. 1, hantar pi airport, pastu dia balik, jemput dari airport... Kena jaga kakak no.3 yang demam teruk... Bawak dia pi klinik... Kebetulan si Michiko pun nak beranak masa tu jugak.. I feel like an octopus lah! Tak cukup tangan... hehehe... Pastu Jumaat, balik kampung jenguk family sebab dengar-dengar air naik, risau banjir... Mak lah orang yang paling risau, takut air masuk rumah... Alhamdulillah.. Kalau air pasang pun, setakat ni sampai depan rumah jer lah... Tak masuk dalam... 

Cuaca sekarang ni tak menentu kan? Suhu pun turun naik jer. So, sama-samalah kita jaga kesihatan yer... Take care... ^_^


. : [ Demam Bola ] : .

on Tuesday, January 28, 2014



Arrrrrr....frustnyer tak dapat tengok Sarawak vs Sime Darby malam ni.. T_T ...Dah la takder live kat TV... Uwaaa... Semoga Sarawak menang selepas 2 kali kalah berturut-turut... Harus menang malam ni... Tak dapat nak bersorak-sorak untuk players... Harap-harap malam ni Akmal Rizal dimasukkan di awal permainan... Gandingan JKT + Asri Chuchu + Akmal boleh memberikan gol... In Shaa Allah... Amin...Inilah namanya demam bola... Balik dari stadium malam Sabtu tu... semput kena asap rokok...Alahai... Kesian kat diri-sendiri... Dugaan-dugaan... Anyway, tabik la kat supporters malam tu... Ultras The Red Warrior/Knight (Kelantan) bertembung dengan Ultras kita di sini - GB13 & Red Army dalam keadaan yang sangat baik... Siap beramah-mesra lagi... Tabik spring kat korang...

Nak tengok buaya shuffle tak? Layan video ni... Ni kat curvA Red Army... Credit to @jacqueline masli


Amacam??? ...Hihihi

. : [ Semangat Ngap Sayot!!! ] : .

on Tuesday, January 21, 2014


Holaaaaa.... Jom ke Stadium Negeri malam tok... Perlawanan pertama Piala FA, Sarawak vs Pulau Pinang... Doakan Serawak menang... Semangat ini untuk Serawak... Harap-harap kegemilangan zaman Bujang Senang/Ngap Sayot lamak marek muncul balit... Mintak-mintak players kita bersemangat kedak sidak John Hunter dolok... Apa-apapun, akan terus sokong ibu pertiwiku... All the best!!!! Encang Serawak Encang, Encang Sampey Menang, Kita Mahu Juara, Encang Sampey Champion.. Inshaa Allah.. ^_^

. : [ Salam Maulidur Rasul 1435H ] : .

on Tuesday, January 14, 2014


Selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W




Tak terjangkau tinggi pekertimu... Tidak tergambar segala akhlakmu... Tidak terbalas segala jasamu... Sesungguhnya engkau Rasul mulia..



~ SALAM MAULIDUR RASUL 1435H ~


. : [ MISS U MATAHARI ] : .

on Wednesday, January 8, 2014











. : [ OFFICIALLY ... ] : .

on Tuesday, December 31, 2013


Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Alhamdulillah... Ku panjat syukur padaMu Ya Allah kerna mengizinkan aku bernafas di bumi Mu selama 31 tahun ini... Aku mohon padaMu Ya Allah, kurniakanlah aku kesihatan agar aku dapat terus bernafas di bumi... Berikanlah aku  ketabahan agar dapatku harungi segala dugaan & cabaranMu Ya Allah... Kau kuatkanlah semangatku untuk terus berusaha tanpa mengenal putus asa... Kau berikanlah aku ruang & waktu untuk aku membalas jasa kedua orang tuaku Ya Allah... Kau lindungilah mereka serta orang-orang yang ku sayang... Bukakanlah pintu rezeki untukku... Tetapkan imanku, teguhkan hatiku, tetapkan akalku agar terus menuruti jalanMu Ya Allah... Ingatkan aku seandainya aku lupa... Sedarkanlah aku andai terleka... Segala puji hanya padaMu Ya Allah... Amin Ya Rabbal Alamin...

Alhamdulillah... 31st December 2013, I am officially 31... A year older, but always feel younger... ^_^

. : [ LIL' CELEBRATION ] : .

on Sunday, December 22, 2013


Alhamdulillah... Selesai sambutan kecil harijadi bonda hari ini...Walaupun sambutan tak grand, berbaloi bila lihat bonda tersenyum... Senyum mahal tu... Hihihi...Love you so much Mak!!! ^_^

 Kek tunjuk jer... Tak dan nak buat... Hehehe...


Yang ni buat sendiri...


Yang hitam manis ni pun buat sendiri...


Yang ni petik sendiri...Hihihi...

. : [ HAPPY BIRTHDAY MAK!!! ] : .

on Friday, December 20, 2013


20 Disember 2013


Ya Allah Ya Tuhanku

Alhamdulillah.... terima kasih kerna Kau anugerahkan dia yang terbaik & tiada galang gantinya.. Aku bersyukur kerana dia, aku di sini... Kasih sayangnya, mengajar aku untuk mengasihi...Aku mohon padaMu Ya Allah, berikanlah dia kesihatan agar hidupnya bahagia & sejahtera sentiasa... Lindungilah dia dari segala keburukan dan kejahatan dunia...Amin...SELAMAT HARI LAHIR BONDA ROSMI BINTI SULONG..Tak terbalas pengorbananmu bonda... Hanya kasih sayang yang melimpah & doa yang akan senantiasa anakanda panjatkan agar bonda terus bersama kami menempuh hari-hari mendatang...LOVE U MAK!!!!



. : [ BASIC CREAM PUFF ] : .

on Wednesday, December 18, 2013


Good day everyone!!! Today I'm gonna share with you a simple recipe of Cream Puff. Basic, simple & easy. ^_^

For the puff, I use basic Choux Pastry recipe

Ingredients:

125g butter (unsalted)
1 cup water
1 cup plain flour
Pinch of salt
4 eggs, beaten

  • Sift flour and salt. (If you use salted butter, omit the salt.)
  • Melt butter in water and bring to boil. Off the heat.
  • Add flour and beat well until the mixture is smooth. Return to heat.
  • Cook for 2 minutes or until mixture is shiny and forms one lump then let cool for a few minutes.
  • Add beaten eggs gradually, beat well with a wooden spatula with each addition. (But do not over beat). 
  • Place on non stick trays in spoonfuls.
  • Bake at 200 degree C for 20-25 minutes.
  • When taken from oven make a small slit on the side to release steam.


For the cream filling (no eggs)

Ingredients:

1 cup Milk ( I use 1/2 cup milk powder to make a cup or u can use fresh milk)
1/4 cup cornstarch
1/4 cup custard powder
3 tablespoon sugar
1 tablespoon condensed milk
1 tablespoon butter
1 tea spoon vanilla essence

  • Mix dry ingredients. Add in milk. Mix well.
  • Cook the mixture on medium heat.
  • Stir constantly until it’s thicken. (Until it reaches that creamy consistency)
  • Remove from heat. Stir in butter, condensed milk & vanilla.
  • Cover the mixture with plastic wrap then let cool.

Hope you guys enjoy the recipes... ^_^







. : [ HOW DO I LOOK? ] : .

on Monday, December 16, 2013

It's A Brand New Day

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Alhamdulillah... Hari ni 16 Disember 2013, blog ini berubah rupa baru... So, how do I look? (Bak kata Jeannie Mai..hehe)... Jangan di hairan kalau di sini banyak kucing...Kalau rasa muak, jangan lah tengok ya... Kalau rasa tak suka, tak apa... Kredit to Mr. Kozumi_Ro yang sudi mengecat dinding rumah ini... Hihihi... Besar harapan lepas ni dapatlah terus mencurah bakat menulis (bakatlah sangat)... ahahaha... Terima kasih yang tak terhingga buat followers kesayangan yang sudi klik "follow"... Hehehe... InsyaAllah, awal tahun hadapan, sekiranya tiada aral melintang, akan ada 1st GA buat lucky follower...So...sabarlah menanti yer sayang-sayangku sekalian... ^_^