Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

. : [ Kisah Cinta Episod 4 - 6 ] : .

on Thursday, June 13, 2013



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Hallu everybody... Haish.. Busy lah pulak sejak dua menjak ni.. Busy dengan RWMF.. Tak sempat nak update blog.. Huaaa .. :'( .. Takpa2... Nak update jugak..Walaupun lambat..So, kasi compile sekali lah Episod 4 - 6 ..Apa macam semua? Ada tengok tak? Yang tak tengok drama ni rugi tau. :P . Jom masuk ke alam Kisah Cinta ^_^

Episod 4 & 5

Masa episod sebelum-sebelum ni timbul persoalan. Kenapa hubungan antara Lea & mama dia renggang? Rupa-rupanya mama dia ni dulu jenis yang pentingkan kerjaya lebih dari keluarga. Yerlah, hati anak kan. Bila mintak mama dia datang ke sekolah dia, mama dia tak ambik kisah pun nak pergi. Kesian Lea. :(

Hubungan Shah & Juli serba-serbi tak menjadilah gamaknyer. Kesian jugak kat Juli. Shah asyik bersama dengan Lea jer. If I was in her shoe, stress kot dapat tunang macam tu. Huhuhu ..  

Azalea pulak dah mula tunjuk interest kat Shah nampaknya. "Saya takder crush kan? Betul kan." Ahaha..Tepuk dada tanya selera pulak cik Lea kita ni kannn. Comel sangat ekspresi muka tu. 


Part ni sangat sweet ok.



Shah: Saya macam terindu awak pulak
Lea: Eh, jangan, nanti tunang awak marah tau..

Argghhh comel lagi & lagi Lea buat muka cam tu. Kantoi jatuh cinta ahaha.

Ni lagi satu scene favorite


Lea: Shah, saya rasa kan , kesian Juli kat rumah mesti tersedak-sedak. Nama dia pun dah banyak kat restoran ni".

Ahahaha. Tak boleh blah Nampak sangatlah Lea "feeling annoyed" bila Shah asyik cakap pasal Juli. Jeles lah tu. :)

Juli pulak..Hurm. Kesian-kesian jugak kat dia. Beriya-iya buat persiapan kahwin tapi Shah tak bagi kerjasama langsung. Tapi satu jer lah, cara yang dia ambik untuk lepaskan diri dari tekanan tu. Tak perlu la clubbing, telan pil bagai. Banyak lagi cara lain kannnn. Alahai Juli.

Episod 6

Episod ni pulak, rasa nak katok jer Azahari. Dalam episod 5 tu kan dia bagi cek 10k kat Shah. Gila. Buat jahat kat adik sendiri. So pathetic. Gara-gara cek tu lah Shah & Lea gaduh. Hurm. Berantakan semuanya. Masa Lea confront abang dia tu "You are so wrong abang!" hah..memang kau salah Azahari. Tak baik tuduh Shah tu mata duitan. Shah pun satu, yang tak pulangkan terus cek tu pasai apa? Kesian kat Lea, takder tempat nak mengadu masa tu. Papa dia dah takder. Stress pulak tengok dia sedih. Adeh.

Ni babak Shah pegi pejabat Azahari untuk pulangkan cek tu.


Shah: Sorry bro, kau tak boleh nak beli orang dengan duit. Tak semua orang hadap tau. Adik kau tu cantik, baik hati lagi. Kau pun cantik, tapi luar la.

Hahaha..Sentap tak Azahari?? Padan muka. 

Lepas tu Shah buat plan dengan En. Hatim. Buat-buat tak ada pilihan, kena naik kereta dia nak pergi tengok tanah yang umi dia & papa Lea belikan untuk diorang.

Shah: Baru lepas servis ni. Kusyen fluffy kena cuba.

Wakakaka...alahai Shah. So sweet. Terpujuk jugaklah Lea tu. Hahahaha..

Masa En. Hatim dijemput isteri dia. 

Lea: Tiba-tiba jer isteri En. Hatim nak ambik dia kan? Pelik sangat.

Hahaha..Shah punya kerja lah tu Lea.



Ni adegan lepas Shah & Lea kena rompak. (Ni mesti kerja Azahari!). Shah kena pukul kat kepala

Shah: Aduh! Hilang handsome

Adoi, Shah ni. Masa macam ni pun nak bergurau lagi.


Shah : Tak perlu klinik, saya okay..
Lea: Perlu lah..Jangan lah degil..Awak tu sakit..

Tengoklah Shah tu. Tersengih-sengih. Ada maksud tu. Ahahaha..Bunga-bunga cinta Shazalea dah berputik. Weeehooo!!

Dan, adegan terbaik dari ladang. Hehehe. Masa kat hotel tu lah. OMG! Shah terlepas cakap, 

"SEBAB SAYA SAYANGKAN AWAK"

Adudududu..Blushing Lea..Hehehe...Dalam hati ada taman jugak tu...Dupdapdupdap jantung I tengok part tu..Ahahaha...Sweeeetttttt...

So guys!  #Shah #Azalea #Shazalea #KisahCinta #Lestary #TV3.. Jangan lupa next episode tau!! ;)


. : [ Kisah Cinta - Ep. 3 ] : .

on Wednesday, May 22, 2013


Haaaa…Apa macam? Tengok tak Kisah Cinta semalam? Haish..Tak puas hati tengok episode kali ni. Terlalu banyak persoalan tak terjawab. Hairan..Kenapa mama Lea tak nak cerita apa-apa bila Lea tanya? Abang Lea, Azahari pun pasti tau sesuatu. Azahari ni bikin pening jugak. Dia ni baik ke jahat ek? Boleh dia suruh Huzir yang sah-sah “player” tu pujuk Lea balik? Hurmmm..I smell something fishy here..Tak boleh jadi ni..

Ada part tu Lea & Shah kat rumah Khatijah, yang diorang berbisik-bisik comel sangat..Hahaha…Sekurang-kurangnya Lea dapat jawapan kepada misteri kasut pengantin yang arwah papa dia bagi..

Shah pulak, kawen tak kawen dengan Julie.. Tapi kesian jugak kat Julie kan?..Yerlah sorang-sorang buat persediaan untuk kawen. Kalau aku jadi Julie, aku pun sedih..Tapi takder lah sampai pegi clubbing..hehehe.. Shah pulak sampai kena pecat sebab asyik sangat siasat pasal kemalangan yang meragut nyawa umi dia & papa Lea...

Dari segi penampilan pulak, Fazura seperti biasa lah..Gorgeous sentiasa..Setuju??..Tambah-tambah lagi pakaian yang dia pakai cantik-cantik, menarik, tertarik, tertawan..Hehehe..Ni mesti semua pakaian dari butik dia sendiri  House of Doll..Sam pulak simple jer..Sempoi jer.. Kann.. Sweet jer 2 orang ni..Aura diorang jer dah dapat tarik ramai menonton Kisah Cinta...

Harap-harap #KisahCinta minggu depan trending kat twitter..Korang jangan lupa tengok episod 4 Selasa depan k.. ^_^


. : [ Kisah Cinta - Ep. 2 ] : .

on Wednesday, May 15, 2013

Assalamualaikum lovely people!!! Apa macam? Ada baik ka? Hihihi..Dah tengok tak Episod 2 Kisah Cinta? What say u? Hihihi..Ini corat-coret untuk Episod 2.. Maaflah yer, sinopsis tak disediakan..Sapa-sapa yang tengok, taulah jalan ceritanya.. Tak gitu? Hihihi...

Kalau episod pertama minggu lepas banyak babak sedih yang membuatkan aku ikut sekali menangis :p, episod 2 ni pulak #gelaksakan ..ahahaha..(serius gelak sampai "HICCUPS". Gelagat Shazalea (Shah & Azalea ler he) yang tak henti-henti berperang mulut sangat mencuit hati. Shah suka lah sangat mengusik Lea. Mimik muka 2 orang ni, tu yang tak tahan tengok tu. Sweetttt sangat..Heheh..Ayat-ayat best antaranya "Ada yang makan radiator japgi ni." 

Lagi 1 yang aku paling suka babak kat kedai tu masa Shah beli air tu. 

Lea: Beli 1 jer ker
Shah: Ada nampak 2 ker? Pergilah beli sendiri. Awak kan kaya. Saya ni kan sangkak? (Aku selalu cakap sengkek..hehehe)
Lepas tu Lea balas balik. Best sangat ahahaha,..
Shah: Beli 1 jer roti?
Lea: Ada nampak 2 ker? Saya pun sangkak jugak.

Ahahahahaha...sangat best & comel ok...

Adegan dalam kereta pun best..Comel jer Sam & Fazura ni usik-mengusik. Memang ada "chemistry". Episod kali ni Huzir tak ada. Hihihi..

Setakat 2 episod ni, olahan jalan cerita yang sangat menarik. Syabas buat Zizie Izette & Bahri Umar. Tak sabar nak tengok episod 3 pulak. Jangan lupa ek kawan-kawan. Kita tengok sama-sama Selasa depan jam 9 malam dalam slot Lestary hanya di TV3. Ok?? (Yang suka tweet2 tu, jom kita kasi trending Kisah Cinta! ) ^_^

. : [ Kisah Cinta ] : .

on Wednesday, May 8, 2013


Setelah sebulan menanti..Episod pertama Kisah Cinta yang sepatutnya ditayangkan 9 April lepas akhirnya bersiaran semalam 7 Mei 2013. Finally, penantianku berakhir. Waaaaa. Lepas tengok 1 episod, setakat ni sangat berpuas hati. Jalan cerita yang menarik, penuh emosi. Pasti cabaran untuk pemain watak utama kan? Yerlah, mula-mula gembira, lepas tu tiba-tiba kena menangis sedih. Dannn nampaknya watak Shah & Azalea sangat berkesan. Diorang nangis, aku pun nangis. Adui. Lagi satu kan, yang buat aku gila ahahha..Alahai Miss Fazura....Gorgeous, marvelous..Dia sangat cantik ok..Aku paling suka tengok dia pakai dress yang masa si jahat poyo tu melamar dia. Adegan terbaik?? Mestilah part Shah & Azalea bergaduh. Sangat comel ok? Eeeeeeiiii...Tak sabar nak tengok episod 2. Jangan lupa tau kawan-kawan. Setiap Selasa jam 9.00 malam hanya di slot Lestary TV3.  ^_^