Showing posts with label mandikan kucing. Show all posts
Showing posts with label mandikan kucing. Show all posts

. : [ Tips : Penjagaan Kucing DSH Anda ] : .

on Monday, August 23, 2010




Salam & Hi kawan-kawan,

Memandangkan ada yang bertanya tentang tips2 penjagaan kucing ni, jadi aku kongsi lah ilmu yang aku ada (ada ker??hahaha)... Ini semata berdasarkan pengalaman aku jer tau... Kalau nak lebih2 tu pegi tanya vet...hehe...

Untuk permulaan, aku kongsi tips penjagaan kucing domestik bulu pendek (Domestic Shorthair)...Alahh..kucing yang biasa jer ni la macam matahari...hehehe...

Okay, kalau dari segi nak jaga pemakanan & kesihatan dia, terutamanya kalau dia kitten lagi...Seelok-eloknya vaksin kan (1st vaksin bila umur dia mencapai 3 bulan)...Lepas tu kena vaksin lagi sekali sebulan selama 3 bulan berturut-turut...Lepas tu...Barulah vaksin setahun sekali...Vaksin ni penting untuk mencegah masalah kesihatan yang serius...Yer lah kan, kalau manusia, sakit, diorang boleh bagitau ... Kalau kucing, kesian tau sebab dia x reti nak tunjukkan kat kita kesakitan tu...

Habis soal vaksin...Pemakanan pulak...Pemakanan ni, kalau kucing aku, setakat ni aku bagi dry food & wet food...Kebanyakannya aku bagi dry food...Dalam 3-4 kali seminggu aku bagi makan gaul (dry+wet)...aku jarang bagi wet food sahaja sebab x elok...Kalau terlalu banyak makan wet food, diorang boleh kena penyakit macam obese (Jangan ingat manusia jer obese) yang boleh membawa kepada penyakit F.L.U.T.D (Feline Lower Urinary Tract Disease)...Lagi 1 penemuan aku, kucing tak digalakkan diberi makan nasi sebab akan membuatkan poo2 (najis lah hehe) diorang busuk...

Misal kata kucing anda terlalu kurus (macam tak cukup khasiat kan)...Nak bagi badan dia berisi balik, kurung kan dia... Bukan kurung mendera ok...Macam banyakkan masa dia dalam cage daripada luar cage... Sebab bila dia dikurung dalam cage, dia x banyak bergerak & x banyak benda nak di buat...So masa tu dia akan menikmati makanan yang ada...Ini pun berdasarkan pengalaman aku...Boleh lah kalau ada yang nak cuba & sama2 kita tengok hasilnya...

Penjagaan bulu pulak...Antara sebab bulu dia gugur adalah jenis makanan yang tak sesuai...Kalau takat gugur sikit2 tu biasa lah...Lepas sikat akan ok balik...Mandikan diorang (kalau boleh la) dengan air suam... So diorang akan lebih tenang (macam baby plak kan..ahahaha)...Jadi senang nak cuci bersih2...syampu pun serap so boleh hilang minyak yang ada kat bulu tu...Maka akan lembutlah bulu mereka...Ehehehe...

Dah...kehabisan idea...Nanti ada lagi idea...Aku share lagi ek...Harap2 perkongsian aku ni berguna lah ek...Yang paling penting hati...Jagalah diorang penuh dengan kasih sayang seikhlas hati anda...Anda senang hati...Mereka pun suka hati...;)