. : [ Katil Baru Anak-Anak ] : .

on Sunday, May 15, 2011


Tadaaaaa!!! Haaa...Apa macam?...Cantik x cantik? Sesuai x sesuai?... 1 2 3 4... 4 tingkat lagi tauuuu... Al-kisahnya...semalam pegi Tesco, kononnya nak beli barang-barang dapor ajer... X tau macam mana boleh ternampak basket trolley ni... 1st thing that came in my mind at that time memang nak buat katil untuk anak-anak... Tak sangka pulak bila balik...Install...Jeng jeng jeng!!!... X payah suroh... X payah ajor... Automatically depa semua masuk kat dalam tu... Macam tau-tau jer kan korang ni?... Rupa-rupanya naluri aku = korang punyer kemahuan la ek? (Ada link tu...Telepati kot?..Hehehe)... Beli sikit, jadilah beli banyak... Harga boleh tahan la jugak RM79.90... Tapi bila aku tengok diorang kat dalam tu kegembiraan... Alhamdulillah... Aku pun happy... Mommy sayang kamoooo... ^_^

. : [ Selamat Hari Ibu ] : .

on Saturday, May 7, 2011



Kata-kata Ibu azimatku...
Belai tawanya penawarku...
Kasih sayang Ibu membentuk peribadiku...
Kepayahannya sumber inpirasiku...


Walau jauh beribu batu...
Biar pantas waktu berlalu...
Sesaat pun tiada terganggu...
Kerinduan mencengkam di dalam kalbu...


Andai pernah mengguris hati Ibu...
Mohon ampun segala laku...
Iringan doa serta restu Ibu...
Menjadikankan anakmu tabah selalu...


Teramat besar pengorbanan Ibu...
Dunia Ibu tempuh penuh berliku...
Tiada sekali pun Ibu mengadu...
Keperluan kami, itu yang perlu...

Duhai ibu...Kata-kata tak akan cukup untuk berterima kasih pada Ibu... Tiada terbalas segala jasa-jasa Ibu... Iringan doa anakanda titip setiap hari... Semoga Allah melindungi Ibu dari segala kejahatan dan kesakitan... Selamat Hari Ibu buat Bonda Rosmi Binti Sulong... Sayang Ibu selamanya....

. : [ Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ] : .

on Friday, April 8, 2011

Teater LKBSM telah melabuhkan tirainya Selasa lalu... Syukur aku sempat beli tiket untuk last show dia.. Memang berbaloi tengok... Apa lagi dengan kehadiran Tun Mahathir & isteri serta Datuk Lat sekeluarga...
Pementasan yang dimulakan dengan babak Lat masa kecil yang dilakonkan oleh adik Daniel nyata tidak mengecewakan. Barisan ensembel yang penuh tenaga tidak kurang menghiburkan. Kemunculan Jalil Hamid sebagai "Apak", ayah kepada Lat meriuhkan Panggung Sari dengan humornya.
Kemunculan Awie yang memegang watak sebagai Lat (dewasa) memang dinanti-nantikan. Riuh-rendah satu panggung bila dia muncul di pentas dengan rambut ala afro, berseluar boot-cut lagi. Tapi pujian harus diberikan pada lakonannya yang mantap, nyanyian yang power. Kira tabik la sebab rock2 pun dia mampu menjiwai watak macam ni. Tapi dalam serius, elemen lawak juga ada. Satu kemestian.

Atilia pun tak kurang hebatnya bila memegang watak Faezah (isteri Lat). Aku rasa memang cabaran untuk Awie & Atilia merealisasikan watak mereka disaksikan empunya diri iaitu Datuk Lat dan isteri. Nyanyian bersahaja dengan suara yang gemersik, itulah Atilia. Babak yang paling menyentuh perasaan aku rasa ketika Faezah meluah kekecewaannya pada Mrs. Hew melalui lagu Hati Ke Hati. (I pun rasa nak nangis beb)

Rekaan set (seperti dijangka) memang menarik dan "hidup". Adegan Kota London dipaparkan dengan jayanya bila salji meliputi pentas Panggung Sari. Suasana kampung juga menjadi. Keseluruhan set sangat menarik. Sepertimana Cuci The Musical 1 & 2, ernyata buah tangan Hans & Harith kali ini juga tidak mengecewakan. Syabas & tahniah!!!!

. : [ After 4 Days ] : .

on Saturday, April 2, 2011




After 4 days my Leo being admitted, x banyak perubahan yang aku tengok... Asyik drip, drip n drip... Sampai bloated dah dia aku rasa... Badan penuh air... Dia still x nak makan... Aku nampak dia x happy di situ, so aku ambik keputusan, ambik risiko, bawak dia balik ke rumah semalam... Pagi ni.. dia lemah lagi... Terpaksa force feed... Kalau x, mana nak ada tenaga?... Risau sangat... Sedih tengok dia macam tu... Sedih...Tengahari aku bagi lagi dia makan & bagi antibiotik sekali.. Air pun dia x minum, aku kena bagi pakai syringe... Tapi at least dia nampak ceria sikit sebab di rumah... Nak keluar pun aku x lalu... Kena pantau keadaan dia... Baru sekejap tadi, aku rasa Allah dengar doa ku... Leo pun seolah faham kerisauan aku... Tiba2 Leo makan dengan sendiri nya...Aku tengok dia makan dry food tu sikit.. Cepat2 aku hulur a/d kat dia... Dia makan dengan penuh selera... Ya Allah, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... Syukur... Harap-harap dia berterusan begitu dan akan pulih sepenuhnya... Insya Allah....