. : [ Kisah Cinta - Ep. 2 ] : .

on Wednesday, May 15, 2013

Assalamualaikum lovely people!!! Apa macam? Ada baik ka? Hihihi..Dah tengok tak Episod 2 Kisah Cinta? What say u? Hihihi..Ini corat-coret untuk Episod 2.. Maaflah yer, sinopsis tak disediakan..Sapa-sapa yang tengok, taulah jalan ceritanya.. Tak gitu? Hihihi...

Kalau episod pertama minggu lepas banyak babak sedih yang membuatkan aku ikut sekali menangis :p, episod 2 ni pulak #gelaksakan ..ahahaha..(serius gelak sampai "HICCUPS". Gelagat Shazalea (Shah & Azalea ler he) yang tak henti-henti berperang mulut sangat mencuit hati. Shah suka lah sangat mengusik Lea. Mimik muka 2 orang ni, tu yang tak tahan tengok tu. Sweetttt sangat..Heheh..Ayat-ayat best antaranya "Ada yang makan radiator japgi ni." 

Lagi 1 yang aku paling suka babak kat kedai tu masa Shah beli air tu. 

Lea: Beli 1 jer ker
Shah: Ada nampak 2 ker? Pergilah beli sendiri. Awak kan kaya. Saya ni kan sangkak? (Aku selalu cakap sengkek..hehehe)
Lepas tu Lea balas balik. Best sangat ahahaha,..
Shah: Beli 1 jer roti?
Lea: Ada nampak 2 ker? Saya pun sangkak jugak.

Ahahahahaha...sangat best & comel ok...

Adegan dalam kereta pun best..Comel jer Sam & Fazura ni usik-mengusik. Memang ada "chemistry". Episod kali ni Huzir tak ada. Hihihi..

Setakat 2 episod ni, olahan jalan cerita yang sangat menarik. Syabas buat Zizie Izette & Bahri Umar. Tak sabar nak tengok episod 3 pulak. Jangan lupa ek kawan-kawan. Kita tengok sama-sama Selasa depan jam 9 malam dalam slot Lestary hanya di TV3. Ok?? (Yang suka tweet2 tu, jom kita kasi trending Kisah Cinta! ) ^_^

. : [ Kisah Cinta ] : .

on Wednesday, May 8, 2013


Setelah sebulan menanti..Episod pertama Kisah Cinta yang sepatutnya ditayangkan 9 April lepas akhirnya bersiaran semalam 7 Mei 2013. Finally, penantianku berakhir. Waaaaa. Lepas tengok 1 episod, setakat ni sangat berpuas hati. Jalan cerita yang menarik, penuh emosi. Pasti cabaran untuk pemain watak utama kan? Yerlah, mula-mula gembira, lepas tu tiba-tiba kena menangis sedih. Dannn nampaknya watak Shah & Azalea sangat berkesan. Diorang nangis, aku pun nangis. Adui. Lagi satu kan, yang buat aku gila ahahha..Alahai Miss Fazura....Gorgeous, marvelous..Dia sangat cantik ok..Aku paling suka tengok dia pakai dress yang masa si jahat poyo tu melamar dia. Adegan terbaik?? Mestilah part Shah & Azalea bergaduh. Sangat comel ok? Eeeeeeiiii...Tak sabar nak tengok episod 2. Jangan lupa tau kawan-kawan. Setiap Selasa jam 9.00 malam hanya di slot Lestary TV3.  ^_^

. : [ Kenapa Tak Nak Bagi? ] : .

on Wednesday, April 17, 2013


Masa aku tinggal di KL, kadang-kadang aku bekal makanan dalam beg, kadang-kadang aku belikan makanan untuk kucing-kucing jalanan..Kalau jumpa kat kedai, aku pesan makanan untuk beri diorang makan kalau makanan yang aku makan tak sesuai nak bagi.. Aku marah kat Bangla yang nak lempar kucing ke jalan.. Aku marah orang yang nak sepak kucing kat kedai makan .. Kadang-kadang kucing baru jer nak mengiau.. Bukan dia melompat atas meja terjah makanan kau pun! Sedekah sedikit makanan kat diorang, tak luak kot...Kann.. Hurm.. Tak tahu lah aku kenapa ada manusia hati kering macam ni..Kalau pun tak suka kucing.. Tak perlu nak berkasar pun.. Yang ada akal fikiran tu, kita manusia ni.. Kucing-kucing ni memang tak dapat nak bayar balik wang yang kita belanjakan untuk mereka.. Tapi bagi aku, aku yang berhutang dengan diorang... Sebab, keseronokan yang aku dapat bila melihat diorang makan... Ketenangan semasa melihat mereka tidur kekenyangan..Kegembiraan bila melihat mereka bermain...Semua itu, tak dapat diganti dengan wang ringgit.. Alhamdulillah kerana aku diberi nikmat itu.. :)

Post ini khas untuk pencinta-pencinta kucing khususnya, buat pencinta-pencinta haiwan amnya... Kalau yang tak suka, klik jer tanda X kat atas tu..Habis cerita... Sekian

. : [ SOKSEK ABPBH 2012 ] : .

on Wednesday, April 10, 2013

Congratz Sam. You definitely deserve the award. ^_^

Macam biasa lah..Rumah dah siap, tetapi pahatnya masih berbunyi...Orang komen, aku pun nak komen jugak lah...Hihihi


·         Pengacara-pengacara aku tak komen banyak. Diorang memang gempak. Fafau +Zizan+Johan memang superb. Thanks to Johan yang menggamatkan suasana.

·         Para penyampai anugerah pulak – OK lah, cuma ada yang nampak #OverExcited mengalahkan penerima anugerah.

·         Para pemenang – Shaheizy Sam memang layak menang ABP. Untuk kategori yang lain pun semuanya layak menang & patut menang. Tak perlu nak dipertikaikan. Yang pilih pun pengundi sendiri kan.

·         Tema majlis – Ada yang terang & jelas geometrinya. Hahaha. Ada pulak yang ala-ala jer. Nak tak nak jer. Yerlah, kalau pun tak tercalon, kan elok kalau berpakaian sesuai dengan tema sebagai tanda sokongan?
·        
      Penganjuran ABPBH2012 – Haa ini nak komen sikit ker banyak? Hehe. Maaf lah yer. Ini Cuma komen seorang peminat & penonton. Harapnya teguran ini membina lah yer.
  
   1. Kenapa rasa macam penganjuran kali ini agak kelam-kabut yer?     
      Ker konsep memang dah macam tu? Hehehe

   2. Sound system macam ada masalah kan? Yang menyanyi macam muzik  
      ke lain, suara diorang ke lain. Ker system pendengaran aku 
      yang tak betul? Hehehe

   3. Capture kat pentas masa persembahan macam tak puas hati jer tengok. Contoh masa Wondergirls  
               Malaysia beraksi, macam agak kelam kabut sebab tak tahu fokus nya kat sapa sebenarnya. Kita yang 
               tengok tv ni macam tak puas.
·         
              JANGAN MARAH YER…SEKADAR MELUAHKAN PENDAPAT :)