. : [ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ] : .

on Monday, August 30, 2010






Saban tahun, detik 31 Ogos diraikan...Pelbagai acara diadakan...Pelbagai ragam juga yang kelihatan...Laungan Merdeka bergema di pelusuk negeri...Jalur Gemilang berkibar di mana-mana...Namun aku tertanya pada diri-sendiri...Apakah aku mengerti dan memahami pengertian sebenar sebuah kemerdekaan itu?...Apakah mereka juga tau erti sebenar pengorbanan? (Bukannya terkorban nyawa dek aksi superman ketika menanti detik ulangtahun kemerdekaan, bukan jua korban maruah diri sebagai tanda keraian..)

Hurmmm...Namun itu jugalah yang berlaku saban tahun...Setiap kali, detik yang sepatutnya kita raikan penuh penghayatan dicemari gejala-gejala yang tidak sepatutnya...Jelas minda kita masih lagi dijajah...Aku tertanya-tanya...Dari mana semangat menyambut merdeka itu datang sebenarnya?... Sambutan yang meriah, haruskah berakhir dengan maksiat?... Apa yang merdeka nya pada situasi itu, aku pun tak tahu...

Satu yang aku tahu, apa yang aku perlu lakukan sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu hingga tercapainya kemerdekaan tanahair kita adalah...
Jati diri - aku akan terus mencari dan menyelami dalam diri hingga ke akar-umbi...
Fahami sejarah bukan setakat membaca sahaja namun perlu menghayatinya....
Dan semestinya, kesyukuran dipanjatkan pada Allah yang Esa atas kurniaanNya ke atas tanahair yang ku cintai iaitu Malaysia....

Andai mahu melaungkan merdeka...Laungkanlah dengan sepenuh hati dengan harapan Malaysia akan mengecapi sepenuh kemerdekaan...Usahlah dijajah lagi....Kita mampu bangun sendiri....

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

. : [ Al-Fatihah buat nenda Che Bu Binti Chik ] : .

on Thursday, August 26, 2010




Salam kawan...

Jam 1.30 am..dapat mesej dari mommy Wan Jahara memaklumkan nenda Che Bu Binti Chik telah kembali ke rahmatullah jam 7.30 malam semalam ... Arianna x sempat jumpa dia... Semoga roh nenda ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Semoga mommy tabah menghadapi dugaan ini...

Al-Fatihah...

. : [ Blogwalking Award 2010 ] : .


OMG!!! Macam x percaya jer...dapat award lagi...Yeayyy!!!...My 2nd award, received from Mr. Faryzh...Thanks ya...

Walaubagaimanapun...Kena la melalui sesi Q&A ini...(Jawab jangan x jawab...hahaha...)

1.apa yang bermain di fikiran skarang ni?
- Esok g keje nak pakai baju aper yer?
- Apa khabar anak2 kucing kesayangan aku kat sana yer?

2.apakah nama samaran aku?
-Lisa,Arianna, Adeq, Deqsue, banyak lagi la...Hihihi

3.berikan 3 orang yang anda sayang
-Parents come first
-The rest of my family
-My beloved boyfriend (InsyaAllah hubby-to-be)
-My loyal friends (jawab terlebih suda..hihihi)

4.panggilan aku untuk si dia
Pa

5.hadiah yang u all impikan dari seseorang yang istimewa.
- Bagi lah dia pikir sendiri...Kalau jawab, nanti dia tahu lah...huhuhu

6.blog mane yang anda suke visit.
-Blog mereka2 yang suka datang blog aku...hehehe

7.tagkan 15 blogger.
Aduss..tang ni yg parah ni...Aku tag mereka2 yg biasa datang bw kat cni lah ek...






. : [ Arianna Dapat Award ] : .

on Tuesday, August 24, 2010



Yeayy!!!Opps..Secara tiba2 n 4 d very first time Arianna dapat award cun ni dari Cik Eynee...Thanks beb...

So seperti biasa...Ku hadiahkan lagi pada 10 orang ini...Jangan lupa tag 10 orang nanti tau...Hihihi