. : [ K.U.A.T ? ] : .

on Thursday, April 5, 2012


Bila seseorang kehilangan sesuatu atau seseorang yang teramat disayangi (tak kira lah berpisah, berjauhan atau kematian)... Kita sedia tahu perkara itu memeritkan empunya diri... Tapi ramai yang tak faham (termasuk aku sendiri lah)... Seiring masa berlalu, sampai satu ketika si empunya diri seolah-olah dah lupa pada yang tiada... Dilihat dari tingkah-laku itu, ramai lah bercerita yang empunya diri ni tak sedar diri sebab mudah sangat lupa pada yang disayangi yang telah tiada itu...Standard la tu kan??... Haaa... Tapi cuba letakkan diri kita di tempat si empunya diri... Baru kita tahu apa sebenarnya terjadi... Macam aku sekarang ni, tak payah nak letak dah... Memang betul-betul merasa keadaan itu... Bila kita kehilangan sesuatu (tak kira lah benda atau manusia atau haiwan) yang kita sayangi, kalau kita sendiri tak kawal emosi, boleh memakan diri... Bila dah kemurungan, siksa... Tahu kan, kemurungan itu memudaratkan kesihatan kita?... Sampai satu masa, nak sebut nama yang kita kehilangan dan teramat rindu itu pun dah tak mampu (bukan tak mahu atau lupa)... Ingatan itu sentiasa tersemat dalam diri... Cuma... Jika disebut hari-hari, sama seperti kita membunuh diri... Ini nasihat dan ingatan pada diri aku sendiri & sesiapa sahaja yang merasa kehilangan yang memeritkan... Kita mesti kuatkan diri... Kalau yang terpaksa berpisah dengan apa yang kita sayang, percayalah akan bersatu kembali satu hari nanti... InsyaAllah... Kalau berpisah nyawa, yakinlah pada Dia yang meminjamkan kita akan sesuatu itu... Pasti Dia ada rencana yang terbaik buat kita... Aku harus kuat...Demi mereka... Rindu memang rindu... Namun keadaan tak memungkinkan kita bersatu buat masa ini... Aku pasti akan bersatu kembali dengan mereka... Kalau tidak di dunia... Pasti di akhirat... T_T
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Noor Maizan said...

be strong dear :)


05 April, 2012 21:44 Reply To This Comment
Afiqah said...

hey hey jangan lahh sedih2. kuatkan semangat. bersabar ^^


05 April, 2012 21:56 Reply To This Comment