Salah seekor mangsa nafsu serakah dajal PK (Pic ehsan KTAJ)
Hurm....semenjak beberapa hari ni & mungkin berterusan untuk beberapa hari lagi (atau minggu, mungkin juga bulan), dunia pencinta haiwan terutamanya Cat Lovers di Malaysia terguris, terhiris & tersentuh dengan kejadian manusia yang tak bertamadun di PK. NGOs seperti KTAJ, MDDB berusaha keras menuntut keadilan bagi pihak mangsa-mangsa tak berdosa ini. Keadilan harus ditegakkan. Biar menjadi pengajaran. Bukan kezaliman ke atas sesama manusia sahaja harus diperjuangkan, tetapi makhluk bernyawa lain yang turut hidup di atas muka bumi ini. Sehingga ke hari ini, belum ada firm action yang diambil ke atas penzalim sadis ini. Kata 1 Malaysia, kenapa badan kerajaan & NGO ini tak saling bersatu untuk cari jalan penyelesaian? Tak guna asyik tuding sana, tuding sini. Cat owners yang menjadi mangsa mesti terseksa menanti keputusan. Apatah lagi owner yang mana kucing kesayangan mereka mati, tak sempat diselamatkan. Mereka ini pun rakyat Malaysia kan? Mana hak mereka sebagai rakyat Malaysia? Aku pun tak paham la. Sayangnya bukan kita yang berkuasa menggubal/melaksana undang-undang. Kalaulah kucing-kucing yang menjadi mangsa manusia laknat ini boleh berkata-kata. Dah lama penjenayah-penjenayah ini didakwa. Harap-harap la kata sepakat dapat dicapai dan yang salah akan mendapat hukuman yang setimpal. Kalau tak, di dunia kau mungkin boleh lepas. Di akhirat, Allah bayar cash punya.
Si ibu & anak yang tidak berdosa ini mati ketika ditemui (Pic ehsan KTAJ)
Di mana letaknya perikemanusiaan mereka agaknya?? :'( Yang di zalimi bukan sedikit. Kira-kira 300 ekor. Apa hukuman sewajarnya yang patut dijatuhkan? Akan adakah hukuman itu andai kes ini dipandang remeh pihak-pihak berkenaan?...Sedih...='(
{ 2 comments... read them below or add one }
the best
06 September, 2011 19:59
Kakchik pun sedih. KC syg kucen.
07 September, 2011 23:47
Post a Comment