. : [ Kisah Cinta - Ep. 3 ] : .

on Wednesday, May 22, 2013


Haaaa…Apa macam? Tengok tak Kisah Cinta semalam? Haish..Tak puas hati tengok episode kali ni. Terlalu banyak persoalan tak terjawab. Hairan..Kenapa mama Lea tak nak cerita apa-apa bila Lea tanya? Abang Lea, Azahari pun pasti tau sesuatu. Azahari ni bikin pening jugak. Dia ni baik ke jahat ek? Boleh dia suruh Huzir yang sah-sah “player” tu pujuk Lea balik? Hurmmm..I smell something fishy here..Tak boleh jadi ni..

Ada part tu Lea & Shah kat rumah Khatijah, yang diorang berbisik-bisik comel sangat..Hahaha…Sekurang-kurangnya Lea dapat jawapan kepada misteri kasut pengantin yang arwah papa dia bagi..

Shah pulak, kawen tak kawen dengan Julie.. Tapi kesian jugak kat Julie kan?..Yerlah sorang-sorang buat persediaan untuk kawen. Kalau aku jadi Julie, aku pun sedih..Tapi takder lah sampai pegi clubbing..hehehe.. Shah pulak sampai kena pecat sebab asyik sangat siasat pasal kemalangan yang meragut nyawa umi dia & papa Lea...

Dari segi penampilan pulak, Fazura seperti biasa lah..Gorgeous sentiasa..Setuju??..Tambah-tambah lagi pakaian yang dia pakai cantik-cantik, menarik, tertarik, tertawan..Hehehe..Ni mesti semua pakaian dari butik dia sendiri  House of Doll..Sam pulak simple jer..Sempoi jer.. Kann.. Sweet jer 2 orang ni..Aura diorang jer dah dapat tarik ramai menonton Kisah Cinta...

Harap-harap #KisahCinta minggu depan trending kat twitter..Korang jangan lupa tengok episod 4 Selasa depan k.. ^_^


. : [ Kisah Cinta - Ep. 2 ] : .

on Wednesday, May 15, 2013

Assalamualaikum lovely people!!! Apa macam? Ada baik ka? Hihihi..Dah tengok tak Episod 2 Kisah Cinta? What say u? Hihihi..Ini corat-coret untuk Episod 2.. Maaflah yer, sinopsis tak disediakan..Sapa-sapa yang tengok, taulah jalan ceritanya.. Tak gitu? Hihihi...

Kalau episod pertama minggu lepas banyak babak sedih yang membuatkan aku ikut sekali menangis :p, episod 2 ni pulak #gelaksakan ..ahahaha..(serius gelak sampai "HICCUPS". Gelagat Shazalea (Shah & Azalea ler he) yang tak henti-henti berperang mulut sangat mencuit hati. Shah suka lah sangat mengusik Lea. Mimik muka 2 orang ni, tu yang tak tahan tengok tu. Sweetttt sangat..Heheh..Ayat-ayat best antaranya "Ada yang makan radiator japgi ni." 

Lagi 1 yang aku paling suka babak kat kedai tu masa Shah beli air tu. 

Lea: Beli 1 jer ker
Shah: Ada nampak 2 ker? Pergilah beli sendiri. Awak kan kaya. Saya ni kan sangkak? (Aku selalu cakap sengkek..hehehe)
Lepas tu Lea balas balik. Best sangat ahahaha,..
Shah: Beli 1 jer roti?
Lea: Ada nampak 2 ker? Saya pun sangkak jugak.

Ahahahahaha...sangat best & comel ok...

Adegan dalam kereta pun best..Comel jer Sam & Fazura ni usik-mengusik. Memang ada "chemistry". Episod kali ni Huzir tak ada. Hihihi..

Setakat 2 episod ni, olahan jalan cerita yang sangat menarik. Syabas buat Zizie Izette & Bahri Umar. Tak sabar nak tengok episod 3 pulak. Jangan lupa ek kawan-kawan. Kita tengok sama-sama Selasa depan jam 9 malam dalam slot Lestary hanya di TV3. Ok?? (Yang suka tweet2 tu, jom kita kasi trending Kisah Cinta! ) ^_^

. : [ Kisah Cinta ] : .

on Wednesday, May 8, 2013


Setelah sebulan menanti..Episod pertama Kisah Cinta yang sepatutnya ditayangkan 9 April lepas akhirnya bersiaran semalam 7 Mei 2013. Finally, penantianku berakhir. Waaaaa. Lepas tengok 1 episod, setakat ni sangat berpuas hati. Jalan cerita yang menarik, penuh emosi. Pasti cabaran untuk pemain watak utama kan? Yerlah, mula-mula gembira, lepas tu tiba-tiba kena menangis sedih. Dannn nampaknya watak Shah & Azalea sangat berkesan. Diorang nangis, aku pun nangis. Adui. Lagi satu kan, yang buat aku gila ahahha..Alahai Miss Fazura....Gorgeous, marvelous..Dia sangat cantik ok..Aku paling suka tengok dia pakai dress yang masa si jahat poyo tu melamar dia. Adegan terbaik?? Mestilah part Shah & Azalea bergaduh. Sangat comel ok? Eeeeeeiiii...Tak sabar nak tengok episod 2. Jangan lupa tau kawan-kawan. Setiap Selasa jam 9.00 malam hanya di slot Lestary TV3.  ^_^