Showing posts with label Manusia. Show all posts
Showing posts with label Manusia. Show all posts

. : [ Kenapa Tak Nak Bagi? ] : .

on Wednesday, April 17, 2013


Masa aku tinggal di KL, kadang-kadang aku bekal makanan dalam beg, kadang-kadang aku belikan makanan untuk kucing-kucing jalanan..Kalau jumpa kat kedai, aku pesan makanan untuk beri diorang makan kalau makanan yang aku makan tak sesuai nak bagi.. Aku marah kat Bangla yang nak lempar kucing ke jalan.. Aku marah orang yang nak sepak kucing kat kedai makan .. Kadang-kadang kucing baru jer nak mengiau.. Bukan dia melompat atas meja terjah makanan kau pun! Sedekah sedikit makanan kat diorang, tak luak kot...Kann.. Hurm.. Tak tahu lah aku kenapa ada manusia hati kering macam ni..Kalau pun tak suka kucing.. Tak perlu nak berkasar pun.. Yang ada akal fikiran tu, kita manusia ni.. Kucing-kucing ni memang tak dapat nak bayar balik wang yang kita belanjakan untuk mereka.. Tapi bagi aku, aku yang berhutang dengan diorang... Sebab, keseronokan yang aku dapat bila melihat diorang makan... Ketenangan semasa melihat mereka tidur kekenyangan..Kegembiraan bila melihat mereka bermain...Semua itu, tak dapat diganti dengan wang ringgit.. Alhamdulillah kerana aku diberi nikmat itu.. :)

Post ini khas untuk pencinta-pencinta kucing khususnya, buat pencinta-pencinta haiwan amnya... Kalau yang tak suka, klik jer tanda X kat atas tu..Habis cerita... Sekian

. : [ Manusia & Kesilapan ] : .

on Tuesday, January 15, 2013


Setiap yang lebih, ada kurang nya. Setiap yang kuat, ada lemah nya. Setiap yang putih, ada hitamnya. Manusia dan kesilapan boleh dikaitkan seperti kata-kata itu. Dalam diri kita, pasti timbul persoalan tentang sesuatu. Pasti ada keraguan dalam membuat keputusan. Pasti ada kepincangan dalam mengatur langkah ke hadapan. Adakalanya yang terjadi tak seperti yang diimpi. Sesuatu yang tak disangka memadam yang dijangka. Apa sahaja tindakan, apa jua kelakuan, adakalanya kita tersilap langkah. Tak semua jalan itu mudah. Namun tak semua boleh menerima kesilapan sepertimana kekalahan. Tapi buat kita yang ada keberanian, mengakui kesilapan itulah yang akan mengubah jalan kita. Dari pengalaman pahit itulah kita berusaha menjadi yang terbaik. Aku juga begitu. Tak lepas dari kesilapan samada sedar mahupun di luar sedar. Bagi aku, aku perlu bangkit dari kesilapan itu. Berusaha memperbaiki diri sebaik mungkin. Menerima ketentuan yang diberiNya. Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri dan hidup ini. Syukran Ya Allah. Aku serahkan nasibku di tanganMu. Kau tunjukkanlah jalan terbaik buatku. Biarlah aku hilang ramai kawan. Cukuplah sahabat yang seorang dua ada di sisi. Aku juga tahu, Kau selalu ada untukku. Takkan pernah aku menjauh dariMu Ya Allah, biar semua menjauh dariku. Aku tahu setiap ujian yang Kau berikan adalah tanda Kau kasihkan aku. Aku bersedia Ya Allah. Walau tiada yang mengerti, aku tahu Kau tahu. Kalau ada yang mengata, hanya Kau yang layak menghukum mereka. Akan ku teruskan hidup ini dengan nafas yang Kau beri. Andai tiba masa..nafasku terhenti…biarlah aku pergi…dalam imanMu yang hakiki.