. : [ Manusia & Kesilapan ] : .

on Tuesday, January 15, 2013


Setiap yang lebih, ada kurang nya. Setiap yang kuat, ada lemah nya. Setiap yang putih, ada hitamnya. Manusia dan kesilapan boleh dikaitkan seperti kata-kata itu. Dalam diri kita, pasti timbul persoalan tentang sesuatu. Pasti ada keraguan dalam membuat keputusan. Pasti ada kepincangan dalam mengatur langkah ke hadapan. Adakalanya yang terjadi tak seperti yang diimpi. Sesuatu yang tak disangka memadam yang dijangka. Apa sahaja tindakan, apa jua kelakuan, adakalanya kita tersilap langkah. Tak semua jalan itu mudah. Namun tak semua boleh menerima kesilapan sepertimana kekalahan. Tapi buat kita yang ada keberanian, mengakui kesilapan itulah yang akan mengubah jalan kita. Dari pengalaman pahit itulah kita berusaha menjadi yang terbaik. Aku juga begitu. Tak lepas dari kesilapan samada sedar mahupun di luar sedar. Bagi aku, aku perlu bangkit dari kesilapan itu. Berusaha memperbaiki diri sebaik mungkin. Menerima ketentuan yang diberiNya. Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri dan hidup ini. Syukran Ya Allah. Aku serahkan nasibku di tanganMu. Kau tunjukkanlah jalan terbaik buatku. Biarlah aku hilang ramai kawan. Cukuplah sahabat yang seorang dua ada di sisi. Aku juga tahu, Kau selalu ada untukku. Takkan pernah aku menjauh dariMu Ya Allah, biar semua menjauh dariku. Aku tahu setiap ujian yang Kau berikan adalah tanda Kau kasihkan aku. Aku bersedia Ya Allah. Walau tiada yang mengerti, aku tahu Kau tahu. Kalau ada yang mengata, hanya Kau yang layak menghukum mereka. Akan ku teruskan hidup ini dengan nafas yang Kau beri. Andai tiba masa..nafasku terhenti…biarlah aku pergi…dalam imanMu yang hakiki.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }