. : [ Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ] : .

on Friday, April 8, 2011

Teater LKBSM telah melabuhkan tirainya Selasa lalu... Syukur aku sempat beli tiket untuk last show dia.. Memang berbaloi tengok... Apa lagi dengan kehadiran Tun Mahathir & isteri serta Datuk Lat sekeluarga...
Pementasan yang dimulakan dengan babak Lat masa kecil yang dilakonkan oleh adik Daniel nyata tidak mengecewakan. Barisan ensembel yang penuh tenaga tidak kurang menghiburkan. Kemunculan Jalil Hamid sebagai "Apak", ayah kepada Lat meriuhkan Panggung Sari dengan humornya.
Kemunculan Awie yang memegang watak sebagai Lat (dewasa) memang dinanti-nantikan. Riuh-rendah satu panggung bila dia muncul di pentas dengan rambut ala afro, berseluar boot-cut lagi. Tapi pujian harus diberikan pada lakonannya yang mantap, nyanyian yang power. Kira tabik la sebab rock2 pun dia mampu menjiwai watak macam ni. Tapi dalam serius, elemen lawak juga ada. Satu kemestian.

Atilia pun tak kurang hebatnya bila memegang watak Faezah (isteri Lat). Aku rasa memang cabaran untuk Awie & Atilia merealisasikan watak mereka disaksikan empunya diri iaitu Datuk Lat dan isteri. Nyanyian bersahaja dengan suara yang gemersik, itulah Atilia. Babak yang paling menyentuh perasaan aku rasa ketika Faezah meluah kekecewaannya pada Mrs. Hew melalui lagu Hati Ke Hati. (I pun rasa nak nangis beb)

Rekaan set (seperti dijangka) memang menarik dan "hidup". Adegan Kota London dipaparkan dengan jayanya bila salji meliputi pentas Panggung Sari. Suasana kampung juga menjadi. Keseluruhan set sangat menarik. Sepertimana Cuci The Musical 1 & 2, ernyata buah tangan Hans & Harith kali ini juga tidak mengecewakan. Syabas & tahniah!!!!
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

NUNU EERA said...

best kan teater ni.. suke.. ;)


08 April, 2011 23:11 Reply To This Comment