. : [ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ] : .

on Monday, August 30, 2010






Saban tahun, detik 31 Ogos diraikan...Pelbagai acara diadakan...Pelbagai ragam juga yang kelihatan...Laungan Merdeka bergema di pelusuk negeri...Jalur Gemilang berkibar di mana-mana...Namun aku tertanya pada diri-sendiri...Apakah aku mengerti dan memahami pengertian sebenar sebuah kemerdekaan itu?...Apakah mereka juga tau erti sebenar pengorbanan? (Bukannya terkorban nyawa dek aksi superman ketika menanti detik ulangtahun kemerdekaan, bukan jua korban maruah diri sebagai tanda keraian..)

Hurmmm...Namun itu jugalah yang berlaku saban tahun...Setiap kali, detik yang sepatutnya kita raikan penuh penghayatan dicemari gejala-gejala yang tidak sepatutnya...Jelas minda kita masih lagi dijajah...Aku tertanya-tanya...Dari mana semangat menyambut merdeka itu datang sebenarnya?... Sambutan yang meriah, haruskah berakhir dengan maksiat?... Apa yang merdeka nya pada situasi itu, aku pun tak tahu...

Satu yang aku tahu, apa yang aku perlu lakukan sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu hingga tercapainya kemerdekaan tanahair kita adalah...
Jati diri - aku akan terus mencari dan menyelami dalam diri hingga ke akar-umbi...
Fahami sejarah bukan setakat membaca sahaja namun perlu menghayatinya....
Dan semestinya, kesyukuran dipanjatkan pada Allah yang Esa atas kurniaanNya ke atas tanahair yang ku cintai iaitu Malaysia....

Andai mahu melaungkan merdeka...Laungkanlah dengan sepenuh hati dengan harapan Malaysia akan mengecapi sepenuh kemerdekaan...Usahlah dijajah lagi....Kita mampu bangun sendiri....

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

nickindajungle said...

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53... ^__^


31 August, 2010 00:07 Reply To This Comment
Unknown said...

Salam Merdeka kawan2 semua. Kurangkan racism, tambahkan humanism... khapuskan scandalism...


31 August, 2010 00:24 Reply To This Comment
Syafiq Kadiran said...

selamat hari kebangsaan!!!


31 August, 2010 01:08 Reply To This Comment