. : [ OFFICIALLY ... ] : .

on Tuesday, December 31, 2013


Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Alhamdulillah... Ku panjat syukur padaMu Ya Allah kerna mengizinkan aku bernafas di bumi Mu selama 31 tahun ini... Aku mohon padaMu Ya Allah, kurniakanlah aku kesihatan agar aku dapat terus bernafas di bumi... Berikanlah aku  ketabahan agar dapatku harungi segala dugaan & cabaranMu Ya Allah... Kau kuatkanlah semangatku untuk terus berusaha tanpa mengenal putus asa... Kau berikanlah aku ruang & waktu untuk aku membalas jasa kedua orang tuaku Ya Allah... Kau lindungilah mereka serta orang-orang yang ku sayang... Bukakanlah pintu rezeki untukku... Tetapkan imanku, teguhkan hatiku, tetapkan akalku agar terus menuruti jalanMu Ya Allah... Ingatkan aku seandainya aku lupa... Sedarkanlah aku andai terleka... Segala puji hanya padaMu Ya Allah... Amin Ya Rabbal Alamin...

Alhamdulillah... 31st December 2013, I am officially 31... A year older, but always feel younger... ^_^

. : [ LIL' CELEBRATION ] : .

on Sunday, December 22, 2013


Alhamdulillah... Selesai sambutan kecil harijadi bonda hari ini...Walaupun sambutan tak grand, berbaloi bila lihat bonda tersenyum... Senyum mahal tu... Hihihi...Love you so much Mak!!! ^_^

 Kek tunjuk jer... Tak dan nak buat... Hehehe...


Yang ni buat sendiri...


Yang hitam manis ni pun buat sendiri...


Yang ni petik sendiri...Hihihi...

. : [ HAPPY BIRTHDAY MAK!!! ] : .

on Friday, December 20, 2013


20 Disember 2013


Ya Allah Ya Tuhanku

Alhamdulillah.... terima kasih kerna Kau anugerahkan dia yang terbaik & tiada galang gantinya.. Aku bersyukur kerana dia, aku di sini... Kasih sayangnya, mengajar aku untuk mengasihi...Aku mohon padaMu Ya Allah, berikanlah dia kesihatan agar hidupnya bahagia & sejahtera sentiasa... Lindungilah dia dari segala keburukan dan kejahatan dunia...Amin...SELAMAT HARI LAHIR BONDA ROSMI BINTI SULONG..Tak terbalas pengorbananmu bonda... Hanya kasih sayang yang melimpah & doa yang akan senantiasa anakanda panjatkan agar bonda terus bersama kami menempuh hari-hari mendatang...LOVE U MAK!!!!



. : [ BASIC CREAM PUFF ] : .

on Wednesday, December 18, 2013


Good day everyone!!! Today I'm gonna share with you a simple recipe of Cream Puff. Basic, simple & easy. ^_^

For the puff, I use basic Choux Pastry recipe

Ingredients:

125g butter (unsalted)
1 cup water
1 cup plain flour
Pinch of salt
4 eggs, beaten

  • Sift flour and salt. (If you use salted butter, omit the salt.)
  • Melt butter in water and bring to boil. Off the heat.
  • Add flour and beat well until the mixture is smooth. Return to heat.
  • Cook for 2 minutes or until mixture is shiny and forms one lump then let cool for a few minutes.
  • Add beaten eggs gradually, beat well with a wooden spatula with each addition. (But do not over beat). 
  • Place on non stick trays in spoonfuls.
  • Bake at 200 degree C for 20-25 minutes.
  • When taken from oven make a small slit on the side to release steam.


For the cream filling (no eggs)

Ingredients:

1 cup Milk ( I use 1/2 cup milk powder to make a cup or u can use fresh milk)
1/4 cup cornstarch
1/4 cup custard powder
3 tablespoon sugar
1 tablespoon condensed milk
1 tablespoon butter
1 tea spoon vanilla essence

  • Mix dry ingredients. Add in milk. Mix well.
  • Cook the mixture on medium heat.
  • Stir constantly until it’s thicken. (Until it reaches that creamy consistency)
  • Remove from heat. Stir in butter, condensed milk & vanilla.
  • Cover the mixture with plastic wrap then let cool.

Hope you guys enjoy the recipes... ^_^







. : [ HOW DO I LOOK? ] : .

on Monday, December 16, 2013

It's A Brand New Day

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Alhamdulillah... Hari ni 16 Disember 2013, blog ini berubah rupa baru... So, how do I look? (Bak kata Jeannie Mai..hehe)... Jangan di hairan kalau di sini banyak kucing...Kalau rasa muak, jangan lah tengok ya... Kalau rasa tak suka, tak apa... Kredit to Mr. Kozumi_Ro yang sudi mengecat dinding rumah ini... Hihihi... Besar harapan lepas ni dapatlah terus mencurah bakat menulis (bakatlah sangat)... ahahaha... Terima kasih yang tak terhingga buat followers kesayangan yang sudi klik "follow"... Hehehe... InsyaAllah, awal tahun hadapan, sekiranya tiada aral melintang, akan ada 1st GA buat lucky follower...So...sabarlah menanti yer sayang-sayangku sekalian... ^_^

. : [ ANGIN SYURGA + CHORDS ] : .

on Saturday, December 14, 2013



Am F
Ku himpun waktu ucapan terindah
C E
Terbenam sudah asmara
F G C F
Mesranya siang dan malam
Dm F E
Selalu kau tiupkan angin syurga padaku

Am F
Ku himpun makna kata darimu
C E
Harum yang mekar di kebun hati

F G C F Dm F E
Dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri

Dm G C
Sehingga hujung masa
F Dm F E
Berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
Dm G C
Kasihku tuluskah cintamu
F D#m E
Sebuah jawapan ku damba dari bibirmu bibirmu

Chorus
Am Dm G C
Tidakkah kau tahu hidup punya waktu
F Dm F E
Kasih tersia bukan itu ku mahu
Am Dm G C
Andai kau membisu tentu akhirnya
F Dm F E Am G F E Am
Perpisahan ini akan tetap terjadi

Dm G C
Sehingga hujung masa
F Dm F E
Berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
Dm G C
Kasihku tuluskah cintamu
F D#m E

Sebuah jawapan ku damba dari bibirmu... bibirmu....

Enjoy!!! ^_^

. : [ SINDROM M??? ] : .

on Thursday, December 12, 2013


Tak faham dengan manusia-manusia macam ni.. Kalau budak-budak perangai macam ni boleh diterima lagi (tapi kalau anak aku lah kan, aku kasi tunjuk ajar dari kecik).. Dah besar panjang gedabak, tapi perangai makin hari makin menyakitkan hati.. Bila tegur nanti, baran... Aiyoo... Such a simple2 thing, you also dunno how to do meh?? Takkan semua benda aku kena buat beb... Ingat aku bibik ke apa? ... Letih beb, letih... Bukan kecik lagi beb.. Otak tu jangan biar berkarat... Gunalah untuk berfikir... Fikir apa itu tanggungjawab bersama... Dah nama tanggungjawab, tak perlu tunggu nak kena sound beribu-ribu kali baru buat... Aku rasa manusia yang ada Sindrom M ni, patut campak kat pulau sorang-sorang... Baru tau nak buat kerja kot... Hishhhh.... >,< #panashatiku huhuhu...

. : [ MACAM BISKUT PUN ADA ] : .

on Saturday, November 23, 2013


Ko ader?? Ahahaha


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hola mi amor...
Salam sayang buat sayang-sayangku sekalian...

Maaflah hamba ni macam biskut pun ada...
Sekejap ada, sekejap entah ke mana...
Biasalah... Ada masanya ada masa...
Ada masa pulak, takda masa...
Hehehe...

Kesian blog tak berpenghuni...
Nasib masih ada yang sudi kunjungi...
Terima kasih banyak-banyak tulus dari hati...
I heart you all lah lovely...
Hihihi...

Terkadang sibuk memanjang...
Terkadang masalah tiba tanpa diundang...
Pening kepala, mood pun hilang...
Idea kreatif tak datang-datang...
Weeweewee...

Bila ada mood nak aktif kembali...
Line "berukband" pulak tak menyebelahi...
Tetap bayar tak jugak free...
Tak dapatlah hamba nak ber"entri"...
Huhuhu...

Haaaa... amacam?? Layan tak layan?? Nak panggil apa ni?? Pantun?? Sajak?? Pantomin?? Ahahahahaha....

CHEERS!!!!

. : [ SAMBAL IBUNDA..YUMMY!! ] : .

on Thursday, October 10, 2013


PIN! PIN! PON! PON!

Assalamualaikum sahabat bloggers sekalian!! Ni nak share ni. Kawan kita jual sambal yang marvellous sedap ni tau. Jom beli!! :)
Mari mari!! Mari beli!! Terhangat di pasaran ni.
 Sambal Jawa Ibunda


Sambal Pedas Ibunda
Sambal Jawa & Sambal Pedas Resepi Ibunda terhangat di pasaran!! Berminat untuk membeli? Untuk harga dan maklumat lanjut sila hubungi/SMS ke 011-12809283. :)

. : [ SaNDiWaRa CiNtA + CHORD ] : .

on Friday, September 20, 2013

Image Courtesy by dreamstime.com

SANDIWARA CINTA – REPUBLIK

Intro: C D G  Am D

G        D/F#      Em
aku tahu ini semua tak adil
Am                 D
aku tahu ini sudah terjadi
G       D/F#        Em
mau bilang apa aku pun tak sanggup
Am                  D
air mata pun tak lagi mau menetes

G         D/F#      Em
alasannya seringkali ku dengar
Am                   D
alasannya seringkali kau ucap
G          D/F#      Em
kau dengannya seakan ku tak tahu
Am                     D         G
sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Chorus:
C      D          G
jujurlah sayang aku tak mengapa
Am    D             G
biar semua jelas tlah berbeda
C      D            Em
jika nanti aku yang harus pergi
Am   D           G
ku terima walau sakit hati

G            D/F#   Em
mungkin ini jalan yang engkau mau
Am                     D
mungkin ini jalan yang kau inginkan
G          D/F#     Em
kau dengannya seakan ku tak tahu
Am  G C
sandiwara apa
Am  G C
ceritanya apa
D
aku tahu

Chorus:
C      D          G
jujurlah sayang aku tak mengapa
Am    D             G
biar semua jelas telah berbeda
C      D            Em
jika nanti aku yang harus pergi
Am   D           G
ku terima walau sakit hati
C D G
Am D G

Chorus:
C      D          G
jujurlah sayang aku tak mengapa
Am    D             G
biar semua jelas telah berbeda
C      D            Em
jika nanti aku yang harus pergi
Am   D           G
ku terima walau sakit hati
Am   D           G
ku terima walau sakit hati


Enjoy!!! ^_^

. : [ MY ONLY ONE ] : .

on Tuesday, September 17, 2013



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Ooooohaaaa....Hihihi.. Lama benor rasanya tak update blog. Huhuhu. Sekarang ni waktu kerja dah fleksibel, boleh la update selalu kot. InsyaAllah.

Kisah Cinta pun dah habis. Sekarang layan satu cerita ni pulak. My Only One ( Iisa Pa Lamang) kat Astro Bella. Antara pelakon Filipina favoritku berlakon dalam drama ni. Bila tengok Claudine Barretto & Diether Ocampo teringat pula cerita Mula Sa Puso zaman sekolah dulu. Cerita tu pun best. Minat kat Rico Yan yang comel ada lesung pipit tu. Hihihihi. ( "The late" dah dier ni.. huhu). My Only One ni tak tau lah pulak berapa ratus episod. Harap-harap dapatlah follow sampai habis. Hehe..

. : [ Kisah Cinta Episod 4 - 6 ] : .

on Thursday, June 13, 2013



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Hallu everybody... Haish.. Busy lah pulak sejak dua menjak ni.. Busy dengan RWMF.. Tak sempat nak update blog.. Huaaa .. :'( .. Takpa2... Nak update jugak..Walaupun lambat..So, kasi compile sekali lah Episod 4 - 6 ..Apa macam semua? Ada tengok tak? Yang tak tengok drama ni rugi tau. :P . Jom masuk ke alam Kisah Cinta ^_^

Episod 4 & 5

Masa episod sebelum-sebelum ni timbul persoalan. Kenapa hubungan antara Lea & mama dia renggang? Rupa-rupanya mama dia ni dulu jenis yang pentingkan kerjaya lebih dari keluarga. Yerlah, hati anak kan. Bila mintak mama dia datang ke sekolah dia, mama dia tak ambik kisah pun nak pergi. Kesian Lea. :(

Hubungan Shah & Juli serba-serbi tak menjadilah gamaknyer. Kesian jugak kat Juli. Shah asyik bersama dengan Lea jer. If I was in her shoe, stress kot dapat tunang macam tu. Huhuhu ..  

Azalea pulak dah mula tunjuk interest kat Shah nampaknya. "Saya takder crush kan? Betul kan." Ahaha..Tepuk dada tanya selera pulak cik Lea kita ni kannn. Comel sangat ekspresi muka tu. 


Part ni sangat sweet ok.



Shah: Saya macam terindu awak pulak
Lea: Eh, jangan, nanti tunang awak marah tau..

Argghhh comel lagi & lagi Lea buat muka cam tu. Kantoi jatuh cinta ahaha.

Ni lagi satu scene favorite


Lea: Shah, saya rasa kan , kesian Juli kat rumah mesti tersedak-sedak. Nama dia pun dah banyak kat restoran ni".

Ahahaha. Tak boleh blah Nampak sangatlah Lea "feeling annoyed" bila Shah asyik cakap pasal Juli. Jeles lah tu. :)

Juli pulak..Hurm. Kesian-kesian jugak kat dia. Beriya-iya buat persiapan kahwin tapi Shah tak bagi kerjasama langsung. Tapi satu jer lah, cara yang dia ambik untuk lepaskan diri dari tekanan tu. Tak perlu la clubbing, telan pil bagai. Banyak lagi cara lain kannnn. Alahai Juli.

Episod 6

Episod ni pulak, rasa nak katok jer Azahari. Dalam episod 5 tu kan dia bagi cek 10k kat Shah. Gila. Buat jahat kat adik sendiri. So pathetic. Gara-gara cek tu lah Shah & Lea gaduh. Hurm. Berantakan semuanya. Masa Lea confront abang dia tu "You are so wrong abang!" hah..memang kau salah Azahari. Tak baik tuduh Shah tu mata duitan. Shah pun satu, yang tak pulangkan terus cek tu pasai apa? Kesian kat Lea, takder tempat nak mengadu masa tu. Papa dia dah takder. Stress pulak tengok dia sedih. Adeh.

Ni babak Shah pegi pejabat Azahari untuk pulangkan cek tu.


Shah: Sorry bro, kau tak boleh nak beli orang dengan duit. Tak semua orang hadap tau. Adik kau tu cantik, baik hati lagi. Kau pun cantik, tapi luar la.

Hahaha..Sentap tak Azahari?? Padan muka. 

Lepas tu Shah buat plan dengan En. Hatim. Buat-buat tak ada pilihan, kena naik kereta dia nak pergi tengok tanah yang umi dia & papa Lea belikan untuk diorang.

Shah: Baru lepas servis ni. Kusyen fluffy kena cuba.

Wakakaka...alahai Shah. So sweet. Terpujuk jugaklah Lea tu. Hahahaha..

Masa En. Hatim dijemput isteri dia. 

Lea: Tiba-tiba jer isteri En. Hatim nak ambik dia kan? Pelik sangat.

Hahaha..Shah punya kerja lah tu Lea.



Ni adegan lepas Shah & Lea kena rompak. (Ni mesti kerja Azahari!). Shah kena pukul kat kepala

Shah: Aduh! Hilang handsome

Adoi, Shah ni. Masa macam ni pun nak bergurau lagi.


Shah : Tak perlu klinik, saya okay..
Lea: Perlu lah..Jangan lah degil..Awak tu sakit..

Tengoklah Shah tu. Tersengih-sengih. Ada maksud tu. Ahahaha..Bunga-bunga cinta Shazalea dah berputik. Weeehooo!!

Dan, adegan terbaik dari ladang. Hehehe. Masa kat hotel tu lah. OMG! Shah terlepas cakap, 

"SEBAB SAYA SAYANGKAN AWAK"

Adudududu..Blushing Lea..Hehehe...Dalam hati ada taman jugak tu...Dupdapdupdap jantung I tengok part tu..Ahahaha...Sweeeetttttt...

So guys!  #Shah #Azalea #Shazalea #KisahCinta #Lestary #TV3.. Jangan lupa next episode tau!! ;)


. : [ Kisah Cinta - Ep. 3 ] : .

on Wednesday, May 22, 2013


Haaaa…Apa macam? Tengok tak Kisah Cinta semalam? Haish..Tak puas hati tengok episode kali ni. Terlalu banyak persoalan tak terjawab. Hairan..Kenapa mama Lea tak nak cerita apa-apa bila Lea tanya? Abang Lea, Azahari pun pasti tau sesuatu. Azahari ni bikin pening jugak. Dia ni baik ke jahat ek? Boleh dia suruh Huzir yang sah-sah “player” tu pujuk Lea balik? Hurmmm..I smell something fishy here..Tak boleh jadi ni..

Ada part tu Lea & Shah kat rumah Khatijah, yang diorang berbisik-bisik comel sangat..Hahaha…Sekurang-kurangnya Lea dapat jawapan kepada misteri kasut pengantin yang arwah papa dia bagi..

Shah pulak, kawen tak kawen dengan Julie.. Tapi kesian jugak kat Julie kan?..Yerlah sorang-sorang buat persediaan untuk kawen. Kalau aku jadi Julie, aku pun sedih..Tapi takder lah sampai pegi clubbing..hehehe.. Shah pulak sampai kena pecat sebab asyik sangat siasat pasal kemalangan yang meragut nyawa umi dia & papa Lea...

Dari segi penampilan pulak, Fazura seperti biasa lah..Gorgeous sentiasa..Setuju??..Tambah-tambah lagi pakaian yang dia pakai cantik-cantik, menarik, tertarik, tertawan..Hehehe..Ni mesti semua pakaian dari butik dia sendiri  House of Doll..Sam pulak simple jer..Sempoi jer.. Kann.. Sweet jer 2 orang ni..Aura diorang jer dah dapat tarik ramai menonton Kisah Cinta...

Harap-harap #KisahCinta minggu depan trending kat twitter..Korang jangan lupa tengok episod 4 Selasa depan k.. ^_^


. : [ Kisah Cinta - Ep. 2 ] : .

on Wednesday, May 15, 2013

Assalamualaikum lovely people!!! Apa macam? Ada baik ka? Hihihi..Dah tengok tak Episod 2 Kisah Cinta? What say u? Hihihi..Ini corat-coret untuk Episod 2.. Maaflah yer, sinopsis tak disediakan..Sapa-sapa yang tengok, taulah jalan ceritanya.. Tak gitu? Hihihi...

Kalau episod pertama minggu lepas banyak babak sedih yang membuatkan aku ikut sekali menangis :p, episod 2 ni pulak #gelaksakan ..ahahaha..(serius gelak sampai "HICCUPS". Gelagat Shazalea (Shah & Azalea ler he) yang tak henti-henti berperang mulut sangat mencuit hati. Shah suka lah sangat mengusik Lea. Mimik muka 2 orang ni, tu yang tak tahan tengok tu. Sweetttt sangat..Heheh..Ayat-ayat best antaranya "Ada yang makan radiator japgi ni." 

Lagi 1 yang aku paling suka babak kat kedai tu masa Shah beli air tu. 

Lea: Beli 1 jer ker
Shah: Ada nampak 2 ker? Pergilah beli sendiri. Awak kan kaya. Saya ni kan sangkak? (Aku selalu cakap sengkek..hehehe)
Lepas tu Lea balas balik. Best sangat ahahaha,..
Shah: Beli 1 jer roti?
Lea: Ada nampak 2 ker? Saya pun sangkak jugak.

Ahahahahaha...sangat best & comel ok...

Adegan dalam kereta pun best..Comel jer Sam & Fazura ni usik-mengusik. Memang ada "chemistry". Episod kali ni Huzir tak ada. Hihihi..

Setakat 2 episod ni, olahan jalan cerita yang sangat menarik. Syabas buat Zizie Izette & Bahri Umar. Tak sabar nak tengok episod 3 pulak. Jangan lupa ek kawan-kawan. Kita tengok sama-sama Selasa depan jam 9 malam dalam slot Lestary hanya di TV3. Ok?? (Yang suka tweet2 tu, jom kita kasi trending Kisah Cinta! ) ^_^