Home > Archives for 2010
. : [ Happy Holidays!! ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Thursday, December 30, 2010 at 9:03 PM
. : [ Rezeki Matahari ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Sunday, December 26, 2010 at 10:36 PM
. : [ Catshow @ Upin Ipin Carnival ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Friday, December 24, 2010 at 9:42 PM
**Penaja2 kali ni pun gempak gila....3 pemenang utama akan dapat perabot dari Fella Design woooo....X lupa TV9 turut membuat liputan sepanjang karnival....
MAY THE BEST CAT WIN!!!!!
. : [ Matahari Menang Besar!!! ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Monday, December 20, 2010 at 10:59 PM
. : [ Busy...Busy...Dan Busy ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Friday, December 17, 2010 at 11:48 PM
. : [ TiArA SaNgAt GaTaL ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Monday, December 13, 2010 at 8:40 PM
. : [ XTVT : MERAYAU A.K.A. NGELAYO ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Sunday, December 12, 2010 at 9:09 PM
. : [ Matahari Menang Lagi ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Wednesday, December 8, 2010 at 9:38 PM
Event akan datang
Pertandingan Kucing Antarabangsa @ SACC Mall, Shah Alam
12 Disember 2010
9am - 6pm
Pertandingan Kucing Antarabangsa Sempena Upin & Ipin Carnival @ SACC Mall, Shah Alam
26 Disember 2010
9am - 6pm
MAY THE BEST CAT WIN!!!
. : [ Anak-anak nak bertanding ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Sunday, December 5, 2010 at 12:03 AM
Salam semuaaaaaaa....Ampun dan maaf terlebih dahulu sebab lama rasanya tak buat entri baru... Kesibukan melanda di bulan 12 ni...Dengan kerja yang semakin bertambah plus cat show sana-sini sampai la hujung tahun ni...Weekdays kerja, weekend pulak cat show...Ni pun baru balik dari setup venue for the cat show tomorrow...Matahari & Oyo pun nak kena di siap grooming malam ni...Nasib baik dah mandikan diorang few days ago...Penat memang penat...Tapi minat punya pasal kena la semangat...Demi anak-anakku ini...Cewahhh... Ok lah kawan-kawan...Tak boleh nak mengarang panjang-panjang...Ada kerja yang belum selesai...So buat yang berada sekitar KL/Selangor, jemputlah datang ke MAHA esok...Jumpa di sana ya....InsyaAllah...:)
. : [ Ragdoll ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Monday, November 15, 2010 at 12:04 PM
Ragdoll ni berasal dari Amerika (kira yang pertama dijumpai di Amerika)... Bermata biru dengan bulu "colorpoint"...Ragdoll merupakan salah 1 daripada baka kucing domestik terbesar...Yang betina boleh membesar sehingga berat mencapai hampir 7kg, sementara jantan boleh mencecah 9kg tau...Ragdoll ni, dari segi temperament pun baik, agak patuh pada arahan dan agak tenang (kira jenis ni senang nak jaga lah)...
Ragdoll kalau dilihat lebih kurang sama macam beberapa baka kucing yang lain seperti siam (dari segi warna)... Macam Birman (dari segi warna dan rupa)... Macam Turkish Angora pun ada (bentuk badan)...Ragdoll dikategorikan dalam Semi-Longhair...Jadi bulu dia panjang sangat pun x, pendek pun x....
Dari segi warna bulu pulak...Terdapat 6 warna- Seal, chocolate, blue, flame, lilac & cream (nak tau macam mana warna ni, carilah sendiri ek)...Setakat ni, kat Malaysia x ramai rasanya yang memiliki Ragdoll ni... Aku pun teringin nak memiliki seekor Ragdoll...Kalau boleh nak seekor dari setiap baka berlainan (kena la kumpul duit riban2 heee...)....
Sekian untuk kali ini...Heeeee.....
. : [ Langit Tak Selalu Cerah Kan? ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Wednesday, November 10, 2010 at 4:03 PM
Cakap pasal mood...Angin...Biasa lah...Ada masa ok...Ada masa tak...Ada masa ke laut... Sekejap happy... Sekejap sedih...Sometimes u feel lucky...Sometimes u don't...Whatever it is...Life's like this lah...Sentiasa ada pasang-surut...Betul tak?...
Hurm...Tapi kalau orang macam aku ni...Memang senang nak senyum dan ketawa...Kadang2 sedih, tak ada yang tahu pun...Bila ada masa aku nak sentimental...Aku layan sendirian kat rumah...Nak nangis berjuraian, berlinangan airmata setempayan pun aku tak kisah...As long tak ada yang nampak...
Bila aku cakap aku terasa sangat kehilangan kitten2 ku...My babies...Beloved babies...Aku memang rasa benar2 kehilangan...Masih terasa hingga kini...Dengan rasa bersalah lagi...Rindu lagi...Sangat2 rindu...Risau pun ada...Sebab tak tahu apa jadi kat mereka...My life dah tak sama macam dulu lah...
Memang senang nak cakap yang kita dah lupa...Tapi boleh betul2 lupa tak?...Urm..For me...I don't think so...Aku memang macam ni...Inilah aku...Tak kisah la orang nak cakap apa...Bukan hidup dengan kita pun...
Ermm...dah nama hidup ni kan...Kita boleh bermimpi siang-malam...Mimpi2 yang indah diharap menjadi nyata...Tapi itulah mimpi...Tak semestinya jadi kenyataan...Semata impian yang tak tercapai...Kita sentiasa mengharap kebahagiaan...Namun akan ada kepahitan...Semua itu, Dia yang tentukan...Sepertimana Dia jadikan siang diiringi malam...Ada cerahnya, ada gelapnya...
Hurmmm..aper aku merepek ni kan?... :S
^ _ CREDIT TO NUFFNANG_^
Posted by Ariannalissa82 on Monday, October 11, 2010 at 3:35 PM
CTR Bonus
To reward blogs for good campaign performance, Nuffnang will now be giving out bonus earnings for blogs that achieve a CTR (Click-through ratio) of 0.2% or higher on new campaigns that run on their blog. This figure is based on average industry standards.
For those who still doesn't know what is CTR, feel free to go surf Nuffnang website. For those who hasn't join this program/project, no hesitation please. You won't regret.
. : [ To Forgive & Forget ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Monday, September 27, 2010 at 6:00 PM
But the truth & obvious about my feeling at this very moment??... I AM NOT HAPPY...
Of course u won't feel hurt if u don't have a heart... But I do have a heart ...
Some people, they knew they made a mistake, then ask for forgiveness... OK acceptable...
But, when it's too often & your heart keep on hurting... I'm just a human being ...
Yes...may be I still can forgive.... But to forget ... that's the hardest things to do....
It is just unacceptable...(T_T) ...
. : [ Sedih nyerrrrrrrrrrrrrrrrrr ] : . (T__T)
Posted by Ariannalissa82 on Tuesday, September 21, 2010 at 3:14 PM
Aku pun hilang arah....Dah la tiga2 hilang...Aku x tau kat mana nak cari...Aku x tau nak salahkan sapa...(T_T)...Kematian Mojako dah cukup membuat aku kehilangan...Kini, anak2 Mojako...yang ku harapkan...Pernah ku tekad di hati untuk menjaga mereka sebaik mungkin sebab aku x mau kejadian yang berlaku atas Mojako tersayang berulang lagi...Terkilan lagi....Takkan ada pengganti Mojako... Anak2 dia lah harapanku...Dan kini....Aku pun x tahu....Apa lagi harus aku lakukan...Aku x dapat nak salahkan sesiapa...Tapi hakikatnya aku merana...(T_T)....Siapa lah yang akan faham...Mereka juga makhluk bernyawa sama seperti kita manusia...Sayang aku pada mereka tiada berbelah-bagi....(T_T)
. : [ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Monday, August 30, 2010 at 10:47 PM
Hurmmm...Namun itu jugalah yang berlaku saban tahun...Setiap kali, detik yang sepatutnya kita raikan penuh penghayatan dicemari gejala-gejala yang tidak sepatutnya...Jelas minda kita masih lagi dijajah...Aku tertanya-tanya...Dari mana semangat menyambut merdeka itu datang sebenarnya?... Sambutan yang meriah, haruskah berakhir dengan maksiat?... Apa yang merdeka nya pada situasi itu, aku pun tak tahu...
Satu yang aku tahu, apa yang aku perlu lakukan sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu hingga tercapainya kemerdekaan tanahair kita adalah...
Jati diri - aku akan terus mencari dan menyelami dalam diri hingga ke akar-umbi...
Fahami sejarah bukan setakat membaca sahaja namun perlu menghayatinya....
Dan semestinya, kesyukuran dipanjatkan pada Allah yang Esa atas kurniaanNya ke atas tanahair yang ku cintai iaitu Malaysia....
Andai mahu melaungkan merdeka...Laungkanlah dengan sepenuh hati dengan harapan Malaysia akan mengecapi sepenuh kemerdekaan...Usahlah dijajah lagi....Kita mampu bangun sendiri....
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
. : [ Al-Fatihah buat nenda Che Bu Binti Chik ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Thursday, August 26, 2010 at 10:08 AM
Jam 1.30 am..dapat mesej dari mommy Wan Jahara memaklumkan nenda Che Bu Binti Chik telah kembali ke rahmatullah jam 7.30 malam semalam ... Arianna x sempat jumpa dia... Semoga roh nenda ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Semoga mommy tabah menghadapi dugaan ini...
Al-Fatihah...
. : [ Blogwalking Award 2010 ] : .
Posted by Ariannalissa82 at 12:25 AM
Walaubagaimanapun...Kena la melalui sesi Q&A ini...(Jawab jangan x jawab...hahaha...)
- Apa khabar anak2 kucing kesayangan aku kat sana yer?
-The rest of my family
-My beloved boyfriend (InsyaAllah hubby-to-be)
-My loyal friends (jawab terlebih suda..hihihi)
. : [ Arianna Dapat Award ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Tuesday, August 24, 2010 at 10:34 AM
So seperti biasa...Ku hadiahkan lagi pada 10 orang ini...Jangan lupa tag 10 orang nanti tau...Hihihi
. : [ Tips : Penjagaan Kucing DSH Anda ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Monday, August 23, 2010 at 10:30 PM
Memandangkan ada yang bertanya tentang tips2 penjagaan kucing ni, jadi aku kongsi lah ilmu yang aku ada (ada ker??hahaha)... Ini semata berdasarkan pengalaman aku jer tau... Kalau nak lebih2 tu pegi tanya vet...hehe...
Untuk permulaan, aku kongsi tips penjagaan kucing domestik bulu pendek (Domestic Shorthair)...Alahh..kucing yang biasa jer ni la macam matahari...hehehe...
Okay, kalau dari segi nak jaga pemakanan & kesihatan dia, terutamanya kalau dia kitten lagi...Seelok-eloknya vaksin kan (1st vaksin bila umur dia mencapai 3 bulan)...Lepas tu kena vaksin lagi sekali sebulan selama 3 bulan berturut-turut...Lepas tu...Barulah vaksin setahun sekali...Vaksin ni penting untuk mencegah masalah kesihatan yang serius...Yer lah kan, kalau manusia, sakit, diorang boleh bagitau ... Kalau kucing, kesian tau sebab dia x reti nak tunjukkan kat kita kesakitan tu...
Habis soal vaksin...Pemakanan pulak...Pemakanan ni, kalau kucing aku, setakat ni aku bagi dry food & wet food...Kebanyakannya aku bagi dry food...Dalam 3-4 kali seminggu aku bagi makan gaul (dry+wet)...aku jarang bagi wet food sahaja sebab x elok...Kalau terlalu banyak makan wet food, diorang boleh kena penyakit macam obese (Jangan ingat manusia jer obese) yang boleh membawa kepada penyakit F.L.U.T.D (Feline Lower Urinary Tract Disease)...Lagi 1 penemuan aku, kucing tak digalakkan diberi makan nasi sebab akan membuatkan poo2 (najis lah hehe) diorang busuk...
Misal kata kucing anda terlalu kurus (macam tak cukup khasiat kan)...Nak bagi badan dia berisi balik, kurung kan dia... Bukan kurung mendera ok...Macam banyakkan masa dia dalam cage daripada luar cage... Sebab bila dia dikurung dalam cage, dia x banyak bergerak & x banyak benda nak di buat...So masa tu dia akan menikmati makanan yang ada...Ini pun berdasarkan pengalaman aku...Boleh lah kalau ada yang nak cuba & sama2 kita tengok hasilnya...
Penjagaan bulu pulak...Antara sebab bulu dia gugur adalah jenis makanan yang tak sesuai...Kalau takat gugur sikit2 tu biasa lah...Lepas sikat akan ok balik...Mandikan diorang (kalau boleh la) dengan air suam... So diorang akan lebih tenang (macam baby plak kan..ahahaha)...Jadi senang nak cuci bersih2...syampu pun serap so boleh hilang minyak yang ada kat bulu tu...Maka akan lembutlah bulu mereka...Ehehehe...
Dah...kehabisan idea...Nanti ada lagi idea...Aku share lagi ek...Harap2 perkongsian aku ni berguna lah ek...Yang paling penting hati...Jagalah diorang penuh dengan kasih sayang seikhlas hati anda...Anda senang hati...Mereka pun suka hati...;)
. : [ Sista Flo Ellen's 1st GA ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Saturday, August 21, 2010 at 12:22 PM
Contest ni bermula 19 Ogos n akan tamat 19 September seblum 11.45 malam okep....
Nak tau lebih lanjut klik on the banner ok...
Ini pulak buah hati kak Ellen, tengok lah...kecik2 dah pandai beraksi depan lensa...Orang dulu2 cakap, kalau kita nak anak kita jadi comel macam seseorang, kita kena suruh orang tu lalu kat belakang kita semasa kita mengandung...Hihihihi
Gambar 1 : 1 year old
Gambar 2 : 8 months
Gambar 3 : 5 years old
Gambar 4 : 2 years old
Geram tengok dia..rasa nak geget..Opps puasa..HIHIHI
Saya tag Syirah and Eynee...^_^
. : [ Matahari Ku ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Friday, August 20, 2010 at 11:33 PM
Berat dia sekarang ni (sebab baru pas bawak pegi vet hihi) 5.3 kg....Tapi x tau lah sekarang ni...rasa macam naik balik...Nak kena kembali berdiet lah dia nanti...
Jantan ok...Pemberian dari mommy ku...Umur dia dah 2 tahun...Lahir 14 Februari 2008...Sebab tu lah dia manja sangat...Temperiment memang tip top...hehehe...
Kerja dia kat rumah kan...Makan, tido, membuang, main, makan pastu tido balik....Muahahaha...Bila dia main tu, sekali dia berlari, habis semua dia langgar...Semua dia lompat...Notti lah pulak....Tapi x aper...Memang perangai budak2...hihihi
Tapi benda dia paling aktif buat...Mesti la tido...Yer lah...Nak buat aper lagi kan...Nak suruh lipat baju x reti plak...hehehe...
So...Matahari say "Salam perkenalan n welcome to my Mommy's blog"....^_^
. : [ Welcome To My Life ] : .
Posted by Ariannalissa82 on Wednesday, August 18, 2010 at 10:27 PM
. : [ Miss them lah ] : . ='(
Posted by Ariannalissa82 on Tuesday, August 17, 2010 at 8:53 AM
.: [ Ramadhan Menjelma Lagi ] :.
Posted by Ariannalissa82 on Sunday, August 15, 2010 at 3:10 PM
.:[ Seminggu Yang Memedihkan]:.
Posted by Ariannalissa82 on Monday, June 7, 2010 at 11:25 PM
. : [ KEHILANGAN - MENANGIS DALAM HATI ] : . (T_T)
Posted by Ariannalissa82 on Wednesday, June 2, 2010 at 8:03 PM
.: [ KETAWA & AIRMATA ] :.
Posted by Ariannalissa82 on Tuesday, May 25, 2010 at 11:30 PM